Siakap Keli
qasidah utara
Kredit: Facebook Cahaya Indah

Sering “Muncul” Ketika Ramadan, Ini Resipi Mudah Kuih Qasidah

Sering “Muncul” Ketika Ramadan, Ini Resipi Mudah Kuih Qasidah

Setiap kali tibanya Ramadan, azan Maghrib adalah momen yang paling dinantikan-nantikan oleh setiap orang untuk menjamah pelbagai hidangan makanan.

Apatah lagi, bulan suci ini turut dilimpahi dengan aneka juadah seperti kuih-muih, lauk-pauk dan air yang dijual di bazar ramadan dan gerai tepi jalan.

Oleh itu, kebanyakan menu berbuka puasa pastinya tidak lengkap jika tidak mempunyai kuih-muih.

Salah satu kuih yang popular dalam kalangan orang Melayu terutamanya semasa ketibaan ramadan Qasidah.

Teksturnya yang lembut dan manis menjadikan kuih ini digemari oleh segenap lapisan umur.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berkongsikan resipi kuih Qasidah ringkas yang dikongsikan oleh Cahaya Indah melalui kiriman kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), di ruangan bawah.

Resipi Kuih Qasidah

qasidah utara
Kredit: Facebook Cahaya Indah

Alhamdulillah kuih qasidah dah siap untuk berbuka puasa nanti. Akak buat sikit, secawan tepung gandum ja. Cukuplah habuan teringin.

Resepi kuih qasidah yang mudah. Insyaallah jadi.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan setengah air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur

Cara-cara:

1. Semua bahan itu dicampur dan dikacau sampai sebati.

2. Kemudian masuk dalam periuk masak dengan api perlahan dan kacau sedia sampai 15 minit.

3. Kalau suka warna kuning masukkan sedikit pewarna kuning. Tapi akak tak masukkan pun.

3. Sambil-sambil tu sapu loyang dengan sedikit minyak masak.

4. Selesai kacau 15 minit, dah masak jadi berkilat, tuang ke dalam bekas yang disapu minyak tadi.

5. Potong bawang nipis-nipis dan gaul dengan secubit garam. Secubit garam ja jangan lebih nanti bawang masin.

6. Kemudian goreng bawang dengan sedikit minyak sampai garing kekuningan tutup api.

7. Ambil bawang goreng tadi tabur di atas kuih qasidah tadi dengan sedikit minyak goreng bawang tadi dah siap.

8. Tunggu sejuk baru potong.

Kalau nak buat banyak cuma tambah-tambah ja bahan tadi ya sahabat. Ikut sukatan tu.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Cahaya Indah via kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

BACA: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri

BACA: Elak Ambil Makanan Ini Ketika Sahur Agar Puasa Kekal Bertenaga

BACA: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita – Mufti WP

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.