Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri
Seperti yang diketahui, zakat merupakan Rukun Islam yang ke-4. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.”
Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya Allah SWT menyuruh umatnya menunaikan kewajipan ini.
Dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
Zakat ini terdiri daripada pelbagai kategori, berbeza, seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, dan banyak lagi.
Salah satu zakat yang sentiasa ditunaikan setiap kali ketibaan bulan Ramadan adalah Zakat Fitrah. Ia adalah wajib untuk dikeluarkan ke atas setiap umat Islam yang mampu sama ada daripada golongan tua atau muda.
Menerusi pembayaran zakat fitrah ini, umat Islam dapat menyucikan harta dan diri, selain mampu membantu golongan fakir miskin.
Jenis pembayaran juga bergantung kepada makanan asasi sesebuah negeri seperti beras dengan kadar yang telah ditetapkan.
Memandangkan bulan Ramadan sudah pun tiba, lembaga zakat setiap negeri telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi tahun 2025.
Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah bagi setiap negeri.
Senarai Kadar Zakat Fitrah Tahun 2025

1. Pahang
RM7
RM14
RM21
2. Perak
RM10
RM16
RM27
3. Pulau Pinang
RM7
RM10
RM15
RM25
4. Perlis
RM9
5. Negeri Sembilan
RM7.50
RM12
RM22
6. Terengganu
RM10
RM21
7. Kelantan
RM8
RM14
RM21
8. Sabah
RM7.50
9. Sarawak
RM7.50
10. Johor
RM7
RM12
RM20
11. Melaka
RM7
RM15
RM22
12. Kedah
RM7
RM14
13. Selangor
RM7
RM15
RM22
14. Seluruh Wilayah Persekutuan
RM7
RM15
RM22
Sumber: Zakat MAINPP, Pusat Kutipan Zakat Pahang, Lembaga Zakat Selangor, MAIPs, BERNAMA
