Siakap Keli
dividen kwsp 2024
Gambar: BERNAMA

KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk 2024

KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen yang lebih tinggi untuk kedua-dua simpanan.

Menerusi hantaran di laman web KWSP sebentar tadi, kadar dividen sebanyak 6.30 peratus ditetapkan untuk Simpanan Konvensional dan Shariah.

Kadar berkenaan melibatkan jumlah agihan dividen sebanyak RM63.05 bilion untuk Simpanan Konvensional, manakala untuk Simpanan Shariah pula sebanyak RM10.19 bilion.

Dividen lebih tinggi diumumkan oleh KWSP untuk simpanan sepanjang 2024

“Bagi Simpanan Konvensional, kadar dividen minimum adalah 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP.

“Kadar dividen Simpanan Shariah pula adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP,” kata KWSP

Orang ramai boleh menyemak jumlah agihan dividen yang diterima berdasarkan jenis simpanan masing-masing menerusi aplikasi KWSP i-Akaun.

Kadar tertinggi pernah diberikan sebelum ini

Menurut paparan di laman web KWSP, kadar dividen tertinggi yang pernah diberikan adalah bagi tempoh 1983 hingga 1987 iaitu sebanyak 8.5 peratus.

Manakala bagi tahun 2023, kadar dividen yang ditetapkan adalah sebanyak 5,5 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Shariah.

https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/posts/pfbid02yxgrvMjXbvDm13eRkVm1AV4JxpbpPs62GtUDDzTPffJJdQhsQafL2c9DJan9Gw4kl

BACA: KWSP Ajar Cara Penyucian Dividen Bagi Simpanan Konvensional Yang Ahli Perlu Tahu

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.