Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Manakala Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor termasuk WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur dijangka hujan di keseluruhan kawasan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala di Terengganu hanya melibatkan daerah Hulu Terengganu. Sementara di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0bPNWZCxHrELAbjs4MkGBzpgbk9M4R1yJrGMYLoCepUipqigcZU7UarHCmVg5sPDgl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia