Ridzokumura Beri Penjelasan Kematian Isteri
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita kematian seorang wanita warga Jepun dipercayai terjatuh daripada tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya Jumaat lepas, merupakan isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzokumura.
Susulan itu, timbul pelbagai tanda-tanya perkara yang terjadi sebelum kejadian.
Oleh itu, Ridzokumura tampil dengan memuat naik satu video di akaun TikTok untuk memberi penjelasan mengenai nasib yang menimpa keluarganya.
Penjelasan Ridzokumura
Dalam klip berkenaan, dia akan memberitahu situasi sebenar yang berlaku sewaktu hari kejadian, selepas emosinya kembali stabil.
Katanya, pada malam kejadian, dia keluar untuk makan bersama rakannya selepas melakukan video TikTok bersama isterinya, Akiko Okumura.
Selepas pulang ke rumah, dia menyedari rumah sudah berada dalam keadaan bersih dan kelihatan isterinya sudah tidur di bilik tetamu.
Bunyi dentuman seakan kemalangan
“Lepas masuk bilik utama, abang cuba tidurkan Sky (anak lelaki) dalam pukul 11 ke 12 lebih macam tu.
“Lepas Sky dah tidur, abang ada terdengar dekat luar, bunyi macam dentuman, tapi sebab rumah abang dekat tepi highway. Jadi bila benda macam ni berlaku abang akan terus cakap ‘honey..honey come we see’.
“Pada malam tu, abang takda rasa macam nak panggil bini abang ke apa, takda langsung,” katanya.
BACA: Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Bantu Agenda Keterjaminan Makanan – Ahmad Zahid
Ridzokumura memberitahu disebabkan penat dia terus tidur pada malam berkenaan.
Pada keesokan pagi, dia berasa curiga selepas mendapati tiada sarapan pagi disediakan di atas meja oleh isterinya.
“Kenapa takda breakfest? Abang dah rasa tak sedap hati. Jadi, abang pergi ke bilik sebelah, abang tengok jendela dah terbuka. Jadi, hati abang jadi lagi luluh,” katanya.
Disebabkan dari bilik berkenaan tidak boleh melihat pandangan ke bawah, dia bergegas lari menuju ke bilik utama untuk melihat ke bawah.
Luluh hati seorang suami mendapati bahawa isterinya berada di bawah.
“Daripada billik utama tu, abang panjat, abang tengok dekat bawah. Abang nampak arwah dah jatuh dekat bawah,” ujarnya sambil menahan sebak.
Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah.
@ridz_okumura02 Selamat pagi semua!! Boss kita dah buat statement ini pagi!! #ridzokumura #akiko #skytaizo #viral #akikookumura #new #berita #beritatiktok #fyp #malaysiatiktok
Pada Selasa, polis mengesahkan wanita warga Jepun yang maut dipercayai terjatuh daripada tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya Jumaat lepas merupakan isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzokumura, petik Bernama.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah, dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).