Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Kredit: AFP

Baru Tahu, Ini Rupanya Perbezaan Antara Wasabi Asli & Tiruan

Athirah

Baru Tahu, Ini Rupanya Perbezaan Antara Wasabi Asli & Tiruan

Wasabi ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Jepun dan terkenal dengan rasa pedas serta aromanya yang unik. Malah, ia sering digunakan sebagai perasa dalam masakan Jepun, terutamanya sebagai pelengkap kepada sushi dan sashimi.

Tidak ramai yang menyedari bahawa kebanyakan wasabi yang dijual di pasaran sebenarnya bukan wasabi yang asli.

Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda perbezaan utama antara wasabi asli dan tiruan, selain mengenal pasti wasabi yang tulen agar pengguna dapat menikmati hidangan Jepun.

Perbezaan antara wasabi asli dan tiruan

Menurut portal Taste Atlas, wasabi asli mempunyai tekstur yang segar dan sedikit berbutir kerana ia diparut dari bahagian batangnya yang dikenali dengan nama rizom.

Wasabi tiruan telah dicampurkan bersama lobak pedas, mustard dan pewarna makanan untuk meniru rupa dan rasa wasabi yang sebenar, malah teksturnya lebih halus dan mempunyai konsistensi seperti pes.

Dapat bezakan dari segi rasa

Wasabi asli memiliki rasa yang lebih kompleks, dengan sedikit kemanisan dan kepedasan yang lembut serta cepat hilang selepas dimakan.

Sebaliknya, wasabi tiruan mempunyai rasa pedas yang lebih tajam dan menyengat, malah dapat bertahan lebih lama akibat kandungan mustard dan lobak pedas.

Taste Atlas berkata, perbezaan ini disebabkan oleh sebatian aktif dalam wasabi asli, iaitu isothiocyanates (ITCs) yang memberikan rasa pedas tetapi cepat meruap.

Manakala wasabi tiruan mengandungi allyl isothiocyanate, sebatian yang terdapat dalam mustard dan lobak pedas, di mana memberikan sensasi pedas yang lebih kuat dan berpanjangan.

Memiliki warna yang berlainan

Menurut Taste Atlas, wasabi asli biasanya berwarna hijau semula jadi yang lebih lembut dan kusam. Sebaliknya, wasabi tiruan cenderung berwarna hijau terang dan lebih pekat hasil daripada penggunaan pewarna makanan.

Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas apabila wasabi asli diparut segar daripada akar tumbuhan ‘wasabia japonica’ yang menghasilkan pes hijau muda dengan tekstur sedikit berbutir.

Wasabi tiruan akan dijual dalam bentuk pes atau serbuk yang dicampur air, selain mempunyai warna hijau yang lebih menyerlah dan tekstur yang lebih halus serta berkrim.

Kredit: ChatGPT

Dapat diketahui dari segi cara penyajian

Dalam pada itu, wasabi asli akan diparut segar dan disajikan dalam jumlah kecil. Ini kerana rasa dan kepedasannya cepat meruap, jadi ia sering diparut mengikut pesanan dan mungkin perlu ditambah sepanjang hidangan.

Bagi wasabi tiruan pula, ia akan disajikan dalam bentuk pes yang sudah siap dengan tekstur yang halus dan konsisten.

Pes ini selalunya dibuat dalam jumlah besar dan boleh disimpan lama tanpa kehilangan kepedasan, berbeza dengan wasabi asli yang kehilangan intensitinya dalam beberapa minit selepas diparut.

Harga wasabi asli lebih mahal

Wasabi asli jauh lebih mahal berbanding wasabi tiruan, malah harganya boleh mencecah sekitar $100 hingga $250 setiap paun disebabkan proses penanaman yang mengambil masa lama.

Menurut Taste Atlas, tumbuhan wasabia japonica memerlukan persekitaran yang sangat teliti seperti air yang mengalir bersih, suhu sejuk dan tanah yang sesuai. Jadi, ia merupakan tumbuhan yang sukar untuk ditanam secara besar-besaran.

Sementara itu, wasabi tiruan yang dibuat daripada lobak pedas, mustard dan pewarna makanan boleh dihasilkan secara besar-besaran dan boleh didapati dengan harga murah.

Kebanyakan pemilik restoran memilih wasabi tiruan kerana lebih menjimatkan dan tahan lama berbanding wasabi asli yang mudah kehilangan rasanya selepas diparut.

BACA: Dah Macam “Generator”, Wanita Guna EV Ketika Tiada Bekalan Elektrik

Sumber: Taste Atlas