Dah Macam “Generator”, Wanita Guna EV Ketika Tiada Bekalan Elektrik
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kereta elektrik (EV) semakin mendapat perhatian di Malaysia.
Ramai pengguna mula beralih kepada alternatif yang lebih mesra alam berikutan peningkatan kesedaran terhadap perubahan iklim dan keperluan mengurangkan pelepasan karbon.
Selain itu, kos penyelenggaraan juga lebih rendah berbanding kereta petrol kerana ia mempunyai lebih sedikit komponen bergerak yang memerlukan servis berkala.
Antara sebab lain kenapa kereta elektrik lebih menjadi pilihan pengguna pada masa ini ialah kerana kereta elektrik sering dilengkapi dengan teknologi terkini.
Ianya termasuk sistem pemanduan autonomi, kawalan pintar dan ciri-ciri keselamatan seperti pengesan kemalangan atau pemanduan jarak jauh.
Di samping itu, ia turut memiliki pelbagai kemudahan seperti sambungan internet, pengecasan tanpa wayar dan sistem hiburan yang lebih moden kepada pengguna.
“Macam mesin generator”, wanita guna kereta elektrik sewaktu kecemasan
Siapa sangka, kereta elektrik bukan sekadar alat pengangkutan, malah ia boleh membantu pengguna ketika kecemasan atau berdepan situasi yang tidak dijangkakan.
Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video di media sosial yang menjadi tular baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @masturaali20, wanita ini menggunakan kereta elektrik untuk membekalkan tenaga kepada rumah baharu.
Difahamkan, @masturaali20 dan keluarganya baru sahaja tiba di rumah pada waktu malam sebelum menyedari tiada bekalan elektrik, di mana menyukarkan mereka untuk bermalam di situ.
@masturaali20 kemudiannya memilih alternatif lain dengan menyambungkan tenaga elektrik ke dalam rumah, membolehkan peralatan asas seperti kipas, lampu dan pengecas telefon berfungsi.
“Kereta jadi penyelamat kami sekeluarga guys,” katanya.
Dalam masa sama, @masturaali20 sempat menunjukkan status pengecasan pada paparan monitor pengecas adalah 94 peratus ketika membekalkan tenaga elektrik pada pukul 9 malam.
Lebih menarik lagi, status pengecasan hanya berkurang sebanyak empat peratus sahaja pada jam 7 pagi selepas menggunakan tenaga elektrik daripada kenderaan tersebut.
BACA: Kreatif, Remaja Cipta Telefon Lipat Sendiri Guna Mesin Cetak 3D
@masturaali20 balikkampung melaka byd evcar noelectric sungairambai
Sumber: @masturaali20 via TikTok