Kini Rangkaian Terbesar Di Dunia, Mixue Atasi McDonald’s, Starbucks
Rangkaian minuman teh dan aiskrim China, Mixue kini memiliki lebih 45,000 cawangan seluruh China dan 11 lagi negara termasuk Singapura dan Thailand.
Angka tersebut kini mengatasi jumlah cawangan yang dimiliki dua jenama restoran popular, McDonald’s (lebih 43,000) dan Starbucks (40,576).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Mixue juga berkongsi rancangan syarikat tersebut untuk menambah lebih banyak cawangan di masa hadapan.
Menurut BBC, saham Mixue dilapor melonjak lebih 40 peratus ketika membuat debut di Bursa Saham Hong Kong pada lepas.
Jumlah outlet Mixue kini atasi McDonald’s dan Starbucks, terbesar di dunia
Syarikat tersebut berjaya mengumpul sebanyak $444 juta di hub kewangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) tahunan terbesar itu.
Populariti Mixue mula melonjak ketika orang ramai di China berdepan dengan tekanan ekonomi, termasuk krisis hartanah, kelemahan kuasa pengguna dan keyakinan terhadap pelaburan.
Produk-produknya seperti aiskrim dan air minuman dijual pada harga yang murah serta berpatutan iaitu sekitar 6 Yuan (kira-kira RM3.67).
Menurut BBC lagi, Mixue diasaskan pada 1997 oleh seorang pelajar Universiti Kewangan dan Ekonomi Henan, Zhang Hongchao, sebagai pekerjaan sambilan untuk membantu keluarganya.
Diuruskan secara francais, berbanding jenama-jenama lain
Mixue atau nama penuhnya, Mìxuě Bīngchéng membawa maksud “bandar ais salji madu” sering dianggap sebagai jenama minuman teh dan aiskrim terbesar di China.
Namun, operasi jenama tersebut lebih mirip seperti pembekal bahan mentah berbanding jenama-jenama restoran tradisional lain.
Berbeza dengan Starbucks yang mengoperasikan sendiri lebih daripada separuh cawangannya, hampir seluruh outlet Mixue sebaliknya diuruskan secara francais.
BACA: Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang Terima BKK Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000
BACA: Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Bantu Agenda Keterjaminan Makanan – Ahmad Zahid
Sumber: BBC