Pencapaian “Luar Biasa” SMK Puteri Ampang Dalam Acara STEM Antarabangsa
Pasukan inovasi SMK Puteri Ampang telah meraih kejayaan gemilang dalam World Youth STEM Invention Innovation (WYSII) 2025.
Difahamkan, pertandingan ini berlangsung dari 23 hingga 27 Februari 2025 di Medan, Indonesia.
Dianjurkan oleh Pertubuhan Saintis Malaysia dengan kerjasama Universitas Negeri Medan, pertandingan berprestij ini dipercayai melibatkan penyertaan 32 negara dari seluruh dunia.
Lebih membanggakan, acara ini turut tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai acara STEM antarabangsa dengan penyertaan paling ramai dari Malaysia, iaitu seramai 589 peserta.
SMK Puteri Ampang penerima pingat terbesar WYSII 2025
SMK Puteri Ampang telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik selepas berjaya membawa pulang 11 pingat emas, 5 pingat perak dan 4 anugerah khas.
Kejayaan ini menjadikan sekolah tersebut sebagai penerima pingat terbesar dalam pertandingan ini.
Lebih membanggakan, dua orang pendidik sekolah ini turut meraih pengiktirafan antarabangsa.
Salah seorang daripadanya ialah Pn. Hajah Hadilah Abdul Hamid yang berjaya menempatkan diri dalam WYSII International Leadership Awards Top 5.
Selain itu, En. Amirudin Razali yang dinobatkan sebagai WINNER WYSII International Teacher Awards.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1138730588050398&id=100057404021340&rdid=NSz0DHVPp1INFL6H#
Inspirasi untuk generasi muda & golongan pendidik
Kejayaan cemerlang ini diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk terus berani mencabar diri dalam bidang STEM dan inovasi.
Ia juga diharapkan dapat melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Tidak hanya itu, pencapaian ini turut diharap dapat mendorong lebih ramai golongan pendidik untuk terus membimbing dan melahirkan bakat muda yang berkualiti.
BACA: Bank Terbesar Asia Tenggara Bakal Kurangkan 4,000 Tenaga Kerja
BACA: Nor Farah Kini Pemain Boling Padang Nombor Satu Dunia
BACA: Polis Terima Enam Laporan, Siasat Tiga Pengacara Radio
Sumber: SMK Puteri Ampang Official via Facebook