Terkini

Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Saja Bergurau Panggil Isteri
Kredit: @adanjerlah via TikTok
Tiada Kategori

Saja Bergurau Panggil Isteri, Lelaki Tak Sangka Kahwin Dengan Kawan Sendiri

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Saja Bergurau Panggil Isteri, Lelaki Tak Sangka Kahwin Dengan Kawan Sendiri

Jodoh merupakan salah satu rahsia terbesar dalam kehidupan yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

Walaupun manusia berusaha mencari dan menentukan pasangan hidup, hakikatnya jodoh adalah ketentuan yang telah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali.

Dalam perjalanan hidup, kita sering tertanya-tanya siapakah yang telah ditetapkan untuk kita. Ada yang dipertemukan dengan jodohnya pada usia muda, namun ada pula yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum menemui pasangan hidup yang sesuai.

Adakala kita mungkin tidak menyangka bahawa seseorang yang pernah menjadi kawan biasa akhirnya menjadi pasangan hidup yang ditakdirkan untuk kita.

Bergurau panggil ‘isteri’, akhirnya jadi kenyataan

Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @adanjerlah di TikTok, pada awalnya dia mengimbau kembali momen-momen bersama isterinya di dalam kereta.

Lelaki tersebut sedang membuat pesanan kepada staf yang bertugas, namun sempat bergurau dengan mengatakan isterinya mahukan burger ikan sedangkan mereka ketika itu merupakan sahabat baik.

Dengan pantas wanita itu mencuit dan tersipu malu selepas mendengar gurauan daripadanya.

Siapa sangka, gurauan memanggil wanita berkenaan sebagai isteri kemudiannya menjadi kenyataan apabila mereka benar-benar berkahwin.

“Olok-olok jadi kenyataan gitu,” katanya.

Majlis perkahwinan kedua-dua pasangan diraikan penuh meriah

Video berdurasi 00:28 saat memaparkan majlis perkahwinan kedua-dua pasangan ini diraikan dengan penuh meriah bersama aluan muzik klasik seperti gendang chaklempong dan semboyan.

Di dalam video, lelaki berkenaan juga kongsikan momen sedang menunggu di laluan jalan untuk menyambut kedatangan pengantin perempuan dan keluarganya.

Isterinya dilihat mencium tangan si suami sebaik sahaja berada di hadapannya, malah lelaki itu turut melakukan perkara yang sama.

Pasangan itu mengenakan busana songket berwarna putih pada hari bahagia mereka. Bahkan, pelamin berwarna merah yang dihiasi dengan pelbagai jenis warna bunga menambahkan lagi seri pengantin.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji majlis persandingan mereka begitu cantik dan menitipkan doa kepada pasangan suami isteri ini.

Dalam masa sama, ada yang sempat bergurau dengan mengatakan mereka perlu memanggil pasangan suami atau isteri agar ia juga menjadi kenyataan.

BACA: Dengar “Intro” Je Dah Terhibur, Anak Achey “Cover” Lagu Raya Lagi

Sumber: @adanjerlah via TikTok