Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Resipi Ayam Masak Cili Kering
Kredit: Che Sayang Kitchen via TikTok

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Resipi Ayam Masak Cili Kering

Athirah

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Resipi Ayam Masak Cili Kering

Seperti yang diketahui, antara menu yang paling mudah untuk dimasak ialah ayam goreng. Jika ayam goreng dimasak bersama kicap, ia akan menjadi ayam masak kicap. Manakala sekiranya goreng dengan cili kisar pula akan jadi ayam goreng sambal.

Dengan hanya menggoreng ayam dan menambah beberapa bahan yang lain, ia boleh menjadi hidangan yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing.

Sekiranya anda sudah kehabisan idea untuk masak apa, anda boleh saja makan ayam goreng bersama nasi putih dan kicap lemak manis.

Namun, mesti ada satu tahap kita dah bosan dengan makanan yang sama. Sekali-sekala mesti nak cuba makanan lain daripada yang lain kan?

Jadi hari ini, kami ingin kongsikan resipi Ayam Masak Cili Kering. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Perap ayam bersama serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam. Kemudian, sediakan setengah biji bawang merah (dihiris), empat ulas bawang putih (dihiris) serta dua genggam kecil cili kering.

Anda juga memerlukan dua tangkai daun kari, dua inci halia (dihiris), dua sudu sos tiram, dua sudu sos tomato dan kicap lemak manis sebagai pelengkap hidangan.

Cara-cara memasak Ayam Masak Cili Kering

Mula-mula, gorengkan ayam bersama tiga bahan yang telah disenaraikan. Selepas ayam digoreng, anda boleh letakkan di tepi dulu.

Guna minyak yang sama untuk menumis bawang merah, bawang putih, halia yang sudah dihiris. Kemudian masukkan cili kering yang sudah direndam dalam air panas.

Selepas itu, anda boleh masukkan daun kari dan tumis semua bahan-bahan sehingga naik bau atau menjadi sedikit garing. Gaul rata dan masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi.

Langkah yang seterusnya adalah masukkan sos tiram, sos tomato, kicap lemak manis dan gaul sehingga sebati.

Menurut Che Sayang Kitchen, garam tidak perlu dimasukkan kerana bahan-bahan seperti sos tiram dan sos tomato sudah cukup untuk melengkapkan rasa Ayam Masak Cili Kering ini.

Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Senang kan? Selamat mencuba.

BACA: Polis Tahan Lelaki Didakwa Bunuh, Bakar Ibu Kandung

Sumber: Che Sayang Kitchen via TikTok