Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Pelajar Maut Motosikal Dilanggar
Gambar: Facebook

Dua Pelajar Maut Motosikal Dilanggar Kereta

Iqbal Yasir

Dua Pelajar Maut Motosikal Dilanggar Kereta

SEREMBAN, 7 Mac (Bernama) — Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 15 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu lelaki berumur 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Paroi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta itu dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa dan sebuah lagi motosikal jenis Honda Vario yang datang dari arah sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta serta penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut.

Mohamad Hatta berkata kedua-dua mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp G. Sankar menerusi talian 014-6000353 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA