Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: Bernama

Monsun Timur Laut: Cuaca Dijangka Lebih Panas, Kering Berbanding Biasa

Iqbal Yasir

Monsun Timur Laut: Cuaca Dijangka Lebih Panas, Kering Berbanding Biasa

KUALA LUMPUR — Cuaca lebih panas dan kering berbanding biasa dijangka berlaku di kebanyakan kawasan terutamanya di kawasan Utara Smenanjung Malaysia, berikutan fasa akhir Monsun Timur Laut yang diramal berakhir pertengahan Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) yang dipengerusikan oleh menterinya, Nik Azmi Nik Ahmad pada Rabu lalu membincangkan isu ini.

“Mesyuarat tahunan ini diadakan bagi meneliti keadaan cuaca semasa dan akan datang, melaporkan status kualiti udara dan kejadian pembakaran terbuka serta tindakan-tindakan yang diambil oleh semua Kementerian, Jabatan, Agensi dan Kerajaan Negeri bagi mencegah pembakaran terbuka dan jerebu.

“Pada masa ini, negara berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac 2025. Dalam tempoh ini, taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan Utara Semenanjung Malaysia yang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding biasa,” maklum NRES.

Walau bagaimanapun, NRES berkata, Kerajaan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi situasi cuaca panas dan kering.

Sehubungan itu, beberapa langkah yang dipersetujui dalam mesyuarat itu telah diputuskan, antaranya semua pihak terlibat perlu mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan melaksanakan pemantauan secara berterusan di bawah bidang kuasa serta peranan masing-masing bagi mengekang pembakaran terbuka, jerebu dan kejadian kebakaran berulang.

“Selain itu, semua pihak perlu sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan kualiti udara negara melalui maklumat yang boleh dicapai daripada aplikasi myCuaca dan laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi MyIPU dan portal APIMS JAS.

“Semua pihak perlu sentiasa bersedia mengambil tindakan selaras dengan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, termasuk kesiapsiagaan infrastruktur tanah gambut dan jentera berkaitan bagi memastikan sebarang insiden kebakaran dapat dipadakan segera.

“Terakhir, Kerajaan Negeri perlu memantau dan melaksanakan pencegahan kebakaran tanah gambut yang dimiliki di negeri masing-masing. Kerajaan Negeri juga diseru untuk membangunkan infrastruktur tanah gambut di kawasan berisiko terbakar seiring usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan pada masa kini,” kata NRES lagi.

Meskipun cuaca panas ketika ini diramal tidak seteruk tahun 2024 kerana pengaruh La Nina lemah yang menyebabkan cuaca sedikit lembab.

Namun NRES memberitahu bahawa jerebu tempatan masih boleh berlaku sekiranya insiden pembakara terbuka tidak dikawal.

Berdasarkan data daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 1,147 aduan diterima melibatkan pembakaran terbuka, dengan pembakaran sampah-sarap antara aduan tertinggi yang diterima, 619 kes sepanjang tempoh 1 Januari hingga 24 Februari tahun ini.

Sumber: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)