Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ridzokumura Nafi Ubat Akiko Dirampas, Serah Sendiri Kepada Polis
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura menyangkal dakwaan ubat milik isterinya, Allahyarhamah Akiko Okumura, dirampas pihak polis.
Sebaliknya, ubat-ubat tersebut diserahkan sendiri oleh beliau kepada pihak polis.
“Abang yang bagi ubat tu kepada polis, bukan dirampas. Bila kenyataan tulis dirampas, ia sangat mengguris hati abang.
“Abang tak mahu perkara ini disalah erti oleh orang lain. Abang sudah berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, berulang kali ke balai polis,” jelasnya.
Pempengaruh tersebut turut mengharapkan semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.
Menurutnya, dia juga bekerjasama baik dengan pihak polis dan semuanya berjalan lancar.
“Abang tak marah pihak polis, mereka bekerjasama dengan abang, Alhamdulillah semua okay,” katanya.
Isterinya, Akiko Okumura dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat minggu lalu.
Pihak polis mengesahkan bahawa Akiko terjatuh daripada tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya.
Menerusi video yang sama, beliau turut memberitahu tujuannya merakam video tersebut bukan berniat untuk meraih simpati, tetapi ingin mendedahkan perkara sebenar kepada orang ramai.
“Dalam keadaan abang yang kematian isteri, abang beri kerjasama pada pihak polis. Turun naik ke balai polis.
“Anak abang (Sky) sedang membesar, macam mana perasaan dia bila baca tentang ini? Abang tak boleh nak cakap tentang ini, abang rasa sedih sangat,” luahnya lagi.
Katanya, Sky kini sudah mampu menenangkan diri dan menerima kenyataan ibunya sudah tiada. Susulan itu, beliau mengharapkan tiada lagi perkara yang mengganggu seperti ini timbul pada masa hadapan.
“Allah sudah susunkan semuanya dengan cantik. Dia pergi hari Jumaat, nak masuk bulan Ramadan. Abang minta tolong sangat bagi abang kekuatan.
“Abang tak pernah nak marah sesiapa, mungkin dia terlupa tetapi abang harap kenyataan tersebut dapat diperbetulkan semula,” ujar beliau.
BACA: Ridzokumura Kongsi Nota Terakhir Arwah Akiko
Sumber: Ridzokumura