Isu Hina Islam: Vijayan Savarinathan Tampil Mohon Maaf
Pengguna Facebook Vijayan Savarinathan hari ini memuat naik sebuah video permohonan maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam.
Dia turut mengakui memuat naik video yang kini tular itu dalam keadaan marah susulan sebuah rakaman membabitkan penghinaan terhadap agama Hindu.
“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya, apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut. Sebab mereka (penyampai radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.
Sebelumnya, tular sebuah video memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina umat agama Islam, dipercayai dihasilkan ekoran isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu, namun telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi sebelum ini berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
“Namun kita percaya dia berada di luar negara,” katanya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.
BACA: Video Hina Islam: Suspek Dipercayai Berada Di Luar Negara – KPN
BACA: Bekas Atlet Olimpik Kini Buruan FBI
BACA: KKM Tidak Bercadang Perluas Pelaksanaan Pemanjangan Waktu Operasi Klinik Kesihatan
Sumber: Facebook Vijayan Savarinathan