Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.
Dalam kenyataan itu, negeri yang terlibat termasuklah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat seperti Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu pula di kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
“Bagi Pahang, beberapa daerah diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.
“Di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Sementara di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin dan tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Batu Pahat dan Kluang.
“Beralih ke Sarawak, beberapa daerah dijangka hujan seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Bintulu (Sebauh).
“Di Sabah pula adalah Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” maklum kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02THsxTMviEav5hPjF51PGBuxRRpdMwft3qS2MtVrit8b2aNpas6PczVbjdqdys2Xml
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia