Siakap Keli
Kebersamaan Dalam Keberkatan: PTPTN Raikan Anak Yatim Dan Asnaf
Penerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah bergambar bersama Pengerusi dan Pengurusan PTPTN.

Kebersamaan Dalam Keberkatan: PTPTN Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Kebersamaan Dalam Keberkatan: PTPTN Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Setiap tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah  lupa untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ketika menyambut Ramadan  dan Syawal melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Sebagai tanda  keprihatinan dan komitmen terhadap masyarakat yang memerlukan, PTPTN hari ini telah mengadakan Program Raikan Syawal PTPTN bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf.

Program ini merupakan program tahunan PTPTN sejak tahun 2016 bagi membantu  dan menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik dalam menyambut Ramadan dan Syawal. Pada tahun 2025, program ini melibatkan dua (2) aktiviti iaitu program membeli  belah baju raya dan berbuka puasa. Pada 9 Mac 2025, PTPTN telah meraikan 50 orang  penerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf sekitar kawasan  Bukit Gelugor dengan aktiviti membeli baju raya bertempat di Aeon Queensbay Mall,  Pulau Pinang. Manakala pada hari ini, PTPTN meraikan anak-anak yatim dan asnaf  daripada Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah (PKNA) di majlis berbuka puasa yang  diadakan di Hotel Royale Chulan, Pulau Pinang.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi  PTPTN. Turut hadir Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN,  Puan Rohani Hussainsa, Pengasas dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Nasyiatul Aisyiyah  (PKNA), Encik Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN  Negeri Pulau Pinang dan Pengurusan PTPTN.

Selain menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan, PTPTN turut  menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,400.00 kepada 24 anak-anak yatim dan asnaf  dengan setiap orang menerima RM100.00 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.  YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim turut memberikan sumbangan peribadi kepada  24 anak-anak yatim dan asnaf tersebut. Selain itu, setiap penerima sumbangan juga mendapat beg sekolah dan kuih raya.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN turun padang menyantuni
anak-anak yatim dan asnaf dengan membeli belah baju raya.

Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, “PTPTN sentiasa  melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat dalam memastikan bantuan dan  sokongan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti membeli baju raya dan  berbuka puasa ini merupakan inisiatif PTPTN dalam memberi peluang kepada anak yatim  dan golongan asnaf untuk merasai kemeriahan Ramadan bersama-sama dalam suasana  yang penuh kasih sayang dan kebersamaan sekali gus dapat meraikan Syawal yang bakal  menjelma seperti anak-anak yang lain.”

“PTPTN berharap melalui program tanggungjawab sosial korporat, lebih ramai lagi  yang tampil untuk turut sama berkolaborasi membantu golongan yang memerlukan. Bulan  Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang memupuk sifat keprihatinan dan saling  membantu antara satu sama lain. Inisiatif sebegini dapat memberi keceriaan dan semangat  kepada mereka yang memerlukan, serta mengingatkan kita semua akan pentingnya  menjaga nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian,” tambah beliau.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus  komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN  Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.