Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Maghribi batal Aidiladha
Gambar: Morocco World News

Maghribi Batal Sambutan Aidiladha Tahun Ini

Hannah

Maghribi Batal Sambutan Aidiladha Tahun Ini

Buat kali keempat dalam sejarah negara itu, Maghribi mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan Aidiladha tahun ini.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengeluarkan arahan kepada rakyat agar tidak melaksanakan ibadah korban berikutan krisis ekonomi dan sosial yang semakin meruncing akibat enam tahun kemarau berterusan.

Menurut sumber, keputusan ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan kepentingan menjaga kebajikan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat situasi semasa.

Dalam kenyataannya, baginda menegaskan bahawa ibadah korban merupakan sunnah yang sangat dianjurkan, tetapi hanya jika keadaan mengizinkan.

“Melaksanakannya dalam keadaan sukar seperti ini akan memberi kesan buruk kepada ramai rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” titah baginda seperti dilapor Morocco World News.

Ini bukan kali pertama Maghribi tidak laksana ibadah korban

Untuk info, ini bukan kali pertama Maghribi membatalkan sambutan Aidiladha.

Keputusan serupa pernah dibuat beberapa kali sebelum ini, antaranya pada tahun 1963, ketika Perang Pasir antara Maghribi dan Algeria yang memberi kesan besar kepada ekonomi kedua-dua negara.

Kemudian, pada tahun 1981, negara sekali lagi membatalkan ibadah korban akibat kemarau yang teruk.

Situasi sama berulang pada tahun 1996, susulan kemarau panjang yang memuncak pada tahun 1995.

Menurut laporan USAID, kemarau pada 1981 memberi kesan ekonomi terbesar, dengan kerugian hampir USD 1 bilion.

Sementara itu, pada tahun 2000, defisit bekalan bijirin dianggarkan bernilai USD 530 juta, bersamaan hampir 4 peratus daripada perbelanjaan kerajaan pada tahun itu.

Kemarau 1994-1995 turut menyebabkan defisit fiskal yang lebih besar dari jangkaan, menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Kemarau yang membimbangkan

Dalam satu wawancara bersama France 24 pada Selasa lalu, Menteri Pertanian Maghribi, Ahmed Bouari, meluahkan kebimbangan terhadap keadaan kemarau yang semakin meruncing.

Beliau mendedahkan bahawa rizab air di empangan Maghribi hanya berjumlah 4.6 bilion meter padu, dengan kadar pengisian sekitar 28 peratus sahaja.

Akibat kekurangan sumber domestik, Maghribi semakin bergantung kepada import untuk memenuhi keperluan negara. Ini termasuklah membawa masuk ternakan dari negara seperti Romania dan Australia.

Namun, langkah ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat mengenai kualiti daging import yang dipasarkan.

BACA: Aplikasi X Alami Gangguan Di Seluruh Dunia

BACA: Nahas Persimpangan Lampu Isyarat: Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

BACA: Raja Charles III Layan Lagu Siti Nurhaliza

Sumber: Morocco World News