Raja Charles III Layan Lagu Siti Nurhaliza
Biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia, malah beliau sering disebut-sebut sebagai penyanyi nombor satu negara.
Beliau yang juga cukup dikenali dengan gelaran ‘Tok Ti’ sekali lagi menaikkan nama Malaysia apabila lagu Anta Permana nyanyiannya menjadi pilihan Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai “playlist” peribadinya.
Lagu-lagu tersebut menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music, yang menghimpunkan karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.
Lebih menarik, nama Tok Ti dilihat berada di dalam senarai bersama nama-nama besar seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue, Grace Jones, Michael Bublé dan lain-lain.
Selain itu, senarai lagu yang dipilih merangkumi pelbagai era dan genre seperti Afrobeats, reggae dan pop kontemporari.
Setiap lagu yang dipilih mengembalikan kenangan, memberi ketenangan
Difahamkan, rakaman berkenaan berlangsung di Istana Buckingham dan menampilkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda sendiri.
“Itu semua bukan sekadar hiburan, tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan
“Ia memiliki keupayaan luar biasa untuk membawa kembali kenangan indah dari sudut paling dalam ingatan kita, menghibur kita di saat kesedihan dan membawa kita ke tempat yang jauh
“Paling penting, ia dapat mengangkat semangat kita ke tahap luar biasa, terutamanya apabila ia menyatukan kita dalam perayaan. Erti kata lain, ia membawa kegembiraan kepada kita,” titah Raja Charles III dalam siaran khas.
Sementara itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi hantaran IG Story hari ini turut meluahkan rasa syukur kerana lagunya dipilih oleh Raja Charles III.
BACA: Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada 29 & 30 Mac, 5 & 6 April
Sumber: Apple Music