Siakap Keli

Bayar Harga Barang Tapi Sekali ‘Servis Extra’, Tak Jadi Marah Bila Tahu Servis Apa

Bayar Harga Barang Tapi Sekali ‘Servis Extra’, Tak Jadi Marah Bila Tahu Servis Apa

Bulan puasa, ramai yang mengambil peluang untuk mengumpul pahala kerana setiap amal dilakukan, akan digandakan pada bulan mulia ini.

Antara amalan yang dianjurkan untuk dilakukan oleh umat Islam adalah amalan bersedekah. Tapi ramai yang belum tahu yang korang sebenarnya boleh bersedekah sambil membeli barangan keperluan rumah.

Eh macam mana tu? Beli barang keperluan rumah dan pada masa yang sama boleh bersedekah serentak?

Haa, ini yang kami nak kongsi dengan korang semua.

Bermula 1 Feb, MYDIN menganjurkan MYDIN Prihatin di mana ada 53 jenama terlibat, yang mana bila korang beli produk dari jenama-jenama ini, sejumlah dana akan disumbangkan kepada rumah kebajikan.

Senarai jenama-jenama yang terlibat dengan MYDIN Prihatin korang boleh rujuk dengan infografik di bawah.

sekali servis extra

Caranya mudah sahaja. Tak ada apa-apa arahan lain yang korang perlu buat. Cukup sekadar beli produk daripada jenama-jenama di atas, sebahagian daripada duit yang korang bayar akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Korang janganlah risau kalau korang perlu membayar lebih sebab harga produk sama sahaja, cuma sedikit dana daripada hasil jualan produk tersebut akan disalurkan ke rumah kebajikan.

Apa pun jangan bertangguh sebab kempen ini berjalan sehingga 30 April ini je. Rebut peluang ini, bukan selalu pun korang boleh membeli sambil bersedekah, kan.

Untuk pengetahuan korang, MYDIN Prihatin ini sebenarnya adalah salah satu elemen di bawah kempen Excited Raya MYDIN.

Kempen Excited Raya MYDIN mempunyai pelbagai lagi tarikan, ganjaran dan juga promosi yang ditawarkan khas untuk para pelanggan. Antaranya pelanggan boleh menikmati Duit Raya Xtra melalui penggunaan e-dompet, serta Jelajah Iftar Sinar MYDIN 2025, pengagihan bubur lambuk dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok MYDIN dari semasa ke semasa.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.