Boleh Jimat Banyak, Ini ‘Helah’ Nak Bayar Kat MYDIN Supaya Harga Jadi Lebih Rendah
Setiap kali keluar rumah, poket pasti makin nipis, kan? Nak bergerak sikit pun dah kena fikir duit minyak, tol, makan dan macam-macam lagi.
Dalam keadaan sekarang yang serba mencabar ni, siapa je yang tak nak berjimat, betul tak? Selagi ada cara nak simpan duit lebih, mesti semua orang akan cuba.
Tapi, bila bercakap tentang jimat, adakah korang rasa korang dah betul-betul memanfaatkan semua peluang penjimatan yang sedia ada depan mata?
Yelah, kita ni asyik bising harga barang mahal, tapi bila ada peluang untuk dapat potongan harga atau pulangan tunai, kita pula yang tak manfaatkan.
Contoh yang paling senang adalah penggunaan e-Dompet. Mungkin dah ramai sedia maklum yang penggunaan e-Dompet menawarkan pelbagai ganjaran serta penjimatan buat pengguna.
Lebih-lebih lagi bila kebanyakan pasar raya, kedai-kedai serbaneka dan kedai runcit kini sudahpun menggunakan kaedah bayaran ini.
Seperti yang ditawarkan di MYDIN sekarang, pelanggan akan dapat menjimatkan pelbagai kos di samping dapat menerima ganjaran yang hebat.
Ganjaran berganda bila guna e-Dompet di MYDIN
Bagi yang belum tahu, MYDIN sekarang tengah anjurkan “Festival OHMYDIN!” dari 19 September hingga 24 November 2024, dengan menawarkan pelbagai promosi, ganjaran serta hadiah istimewa bagi beberapa peraduan yang korang boleh sertai.
Namun, apa yang menariknya, MYDIN turut bekerjasama dengan beberapa penyedia e-Dompet seperti MCash, Atome, Moby dan SPayLater, yang menawarkan pelbagai pulangan tunai (cashback) dan diskaun menarik.
Tak susah pun nak jimat, malah setiap kali bayar guna e-Dompet, korang boleh nampak penjimatan yang dikumpul.
Macam mana boleh jimat dengan e-Dompet di MYDIN?
1. MCash: Pulangan tunai RM6.70 dengan perbelanjaan minimum RM100
Dengan MCash, korang boleh nikmati pulangan tunai sebanyak RM6.70 bila berbelanja sekurang-kurangnya RM100.
Maksudnya, setiap kali korang capai perbelanjaan minimum RM100, korang akan dapat balik RM6.70 ke dalam akaun MCash korang sebagai penjimatan.
2. Atome: Diskaun dengan perbelanjaan minimum RM50 untuk pengguna baru
Bagi yang suka beli secara ansuran, Atome menawarkan bayaran 0% faedah bersama cashback tambahan.
Menariknya, untuk pengguna baru, Atome juga menyediakan diskaun sehingga RM15 bagi pembelian pertama dengan perbelanjaan minimum RM50.
3. Moby: Rebat sehingga RM30 dengan berbelanja minimum RM100
Dengan Moby, korang boleh nikmati rebat sehingga RM30 bila berbelanja dengan minimum RM100.
Maksudnya, setiap kali korang buat pembelian yang capai RM100 atau lebih, korang berpeluang untuk menerima rebat yang akan dimasukkan semula ke dalam akaun Moby korang.
4. SPayLater: Nikmati 0% kos dan dapatkan diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50
Dengan SPayLater, korang boleh nikmati 0% kos dan dapatkan diskaun RM5 bila berbelanja dengan minimum RM50.
Maksudnya, kalau korang beli barang bernilai RM50 atau lebih, korang akan dapat diskaun tambahan RM5 tanpa sebarang faedah tambahan.
Istimewanya, korang boleh bayar secara ansuran tanpa perlu risau tentang kos tambahan.
Benda boleh jimat, kenapa tak nak manfaatkan?
Semua orang berbelanja, tapi kalau nak jadi pengguna yang bijak, kenalah manfaatkan peluang penjimatan yang boleh berikan keuntungan semula kepada kita.
Situasinya samalah macam penggunaan e-Dompet di MYDIN dalam tempoh “Festival OHMYDIN!” yang sudahpun bermula hingga 24 November ini.
Jadi, tak kira e-Dompet mana yang korang pilih, semuanya menawarkan penjimatan yang lumayan sepanjang festival ini.
Apa-apa pun, muat turun dahulu aplikasi MCash, Atome, Mobe atau SPayLater dan nikmati ganjaran serta penjimatan luar biasa di MYDIN.