Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MYDIN Raih Pengiktirafan MBOR Bagi Kolam Berputar Terbesar Di Malaysia

mydin
Pihak Malaysia Book of Records (MBOR) dan MYDIN bergambar kenangan bersama Sijil Malaysia Book of Records (MBOR) pada Majlis MYDIN Raih Pengiktirafan MBOR bagi Kolam Berputar Terbesar di Malaysia di Subang Jaya, hari ini. FOTO: Haziq Hakimi/Siakap Keli

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian Kolam Berputar Terbesar di Malaysia.

Iklan

Pengiktirafan itu diberikan sempena sambutan perayaan Deepavali tahun ini, sekali gus mengetengahkan usaha MYDIN menggabungkan warisan budaya dengan kreativiti serta inovasi.

Kolam Berputar Terbesar Di Malaysia oleh MYDIN. FOTO: Haziq Hakimi/Siakap Keli

Perkara itu dimaklumkan pada Majlis MYDIN Raih Pengiktirafan MBOR Bagi Kolam Berputar Terbesar di Malaysia di Subang Jaya, hari ini.

Menurut MYDIN, kolam berputar berkenaan merupakan yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan menjadi antara inisiatif unik syarikat dalam meraikan kepelbagaian warisan budaya negara.

Katanya, kolam berkenaan berukuran 20 kaki x 20 kaki dan direka dalam bentuk seperti roda dengan gabungan warna yang menarik, corak geometri serta elemen seni tradisional India.

Keluarga MYDIN bergambar di sekitar Kolam Berputar Terbesar di Malaysia oleh MYDIN. FOTO: Haziq Hakimi/Siakap Keli

“Konsep kolam berputar ini mengetengahkan tafsiran moden terhadap seni tradisional, sekali gus menjadikannya sebuah tarikan visual yang menyerlahkan keindahan warisan budaya India,” katanya.

MYDIN berkata, pengiktirafan berkenaan mencerminkan komitmen syarikat untuk meraikan tradisi kebudayaan menerusi pendekatan kreatif dan inovatif, selain menawarkan pengalaman baharu kepada masyarakat.

Ujarnya, inisiatif itu turut bertujuan memelihara serta mempromosikan seni tradisional, di samping menggalakkan masyarakat menghargai kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

FOTO: Haziq Hakimi/Siakap Keli

Menurutnya, kreativiti dan inovasi mampu menghidupkan amalan tradisional dalam bentuk yang lebih segar serta dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan generasi.

“Pengiktirafan MBOR ini turut mengukuhkan komitmen MYDIN dalam meraikan kepelbagaian budaya, mempererat hubungan masyarakat serta menjadikan sambutan perayaan lebih bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Kolam berputar berkenaan menampilkan gabungan elemen seni tradisional India dengan mekanisme berputar, sekali gus memberikan kelainan kepada seni kolam yang lazimnya dihasilkan sebagai hiasan sempena sambutan Deepavali.

Intipati
  • MYDIN menerima pengiktirafan MBOR bagi Kolam Berputar Terbesar di Malaysia sempena Deepavali.
  • Kolam itu berukuran 20 kaki x 20 kaki dan direka berbentuk seperti roda.
  • MYDIN berkata inisiatif tersebut meraikan kepelbagaian budaya dan mempromosikan seni tradisional India.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan