Siakap Keli
sekolah cameron
Kredit: TikTok @ciknot.ch

Hantar Anak Sekolah, Lelaki Tunjuk Suasana Unik Waktu Pagi Cameron Highlands

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hantar Anak Sekolah, Lelaki Tunjuk Suasana Unik Waktu Pagi Cameron Highlands

Di Malaysia, suasana pagi yang sibuk dengan mereka yang pergi ke kerja serta menghantar anak-anak ke sekolah hampir serupa. Pagi yang gelap dan jalan yang sesak dengan kenderaan di beberapa kawasan sudah pasti dilalui oleh semua.

Namun, berlainan pula dengan suasana jika kita tinggal di tempat yang berbeza iklimnya. Sebagai contoh, suasana ke sekolah di kawasan tanah tinggi atau juga jika kita tinggal di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai begitu banyak pembangunan.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi suasana pagi ketika menghantar anak ke sekolah di Cameron Highlands. Menurut pengguna TikTok yang lebih selesa dipanggil Ciknot, waktu menunjukkan jam 6.45 pagi ketika rakaman dibuat. Keadaan yang gelap nampak kelam dengan kehadiran kabus sepanjang perjalanan.

Malah, jalan juga tidak begitu sesak seperti yang biasa kita hadapi di Lembah Klang, contohnya. Rakaman tersebut menunjukkan keadaan pagi di kawasan Kea Farm atau sekitar Hotel Copthorne.

“Biasanya suasana di sini waktu pagi suhu dia dalam 16°C ke 17°C tapi kalau waktu hujan yang berpanjangan, boleh cecah sampai 15°C atau 14°C waktu pagi,” maklumnya.

Tambahnya, anak-anak akan mengenakan baju sejuk atau jaket sweater sekolah.

“Bagi mereka yang tak tahan sejuk sangat, dibolehkan atau digalakkan memakai sarung tangan,” katanya menerusi rakaman tersebut.

Rakaman yang berdurasi satu minit 21 saat itu dimuat naik bagi memberi sedikit panduan kepada mereka yang ingin berpindah bersama keluarga ke kawasan tersebut. Ia bagi membolehkan mereka membuat persediaan sebaiknya bagi menghadapi suasana yang sedikit berlainan di sana.

Menerusi ruangan komen, ramai warga maya tertarik melihat suasana unik yang dikongsi.

“Kalau sekolah Convent tu dah macam hantar anak pergi Hogwarts pagi-pagi,” seloroh warga maya.

“Nak pindah Cameron lah, tapi tak tahu nak kerja apa,” ujar yang lain.

“Bulan puasa rasa nak pindah pi Cameron lah. Kami di Kedah ni, panas macam duduk dalam ketuhar. Ayaq paip pun panas boleh rendam Maggi,” kata seorang warga maya.

@ciknot.ch

Nak duduk cameron ? Tengok ni duluuuu

♬ original sound – Ciknot Cameron Highlands – Ciknot Cameron Highlands

BACA: Hasilkan Video Masakan Tanpa Suntingan, Kak Cik Yah Semakin Dikenali

Sumber: TikTok @ciknot.ch

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.