Siakap Keli
Mat sabu bercucuk tanam
Gambar: Facebook Mohamad Sabu

Mat Sabu Kongsi Aktiviti Bercucuk Tanam Di Kediaman Rasmi Menteri

Mat Sabu Kongsi Aktiviti Bercucuk Tanam Di Kediaman Rasmi Menteri

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mencuri perhatian ramai apabila dilihat mengusahakan aktiviti pertanian bawang di kediaman rasminya.

Aktiviti bercucuk tanam itu dimuat naiknya dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya hari ini.

Kata Mohamad Sabu atau lebih mesra dikenali dengan nama Mat Sabu, dia ingin memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi itu dengan menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan.

Aktiviti pertanian itu turut dilakukan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Dr. Mohamad Khairil.

“Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah ‘Raised Garden Box’ dengan keluasan 20′ x 20′, supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan.

“Sebelum ini, Bang Mat telah berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar.

“Usaha ini selaras dengan komitmen kita bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Insya-Allah, semoga usaha ini membuahkan hasil yang bermanfaat,” katanya.

https://www.facebook.com/mohamadsabuofficial/posts/pfbid0LAXAsxS7U35VuwHwgtTgMXnpyXfsPkiCSEWSHJHB3LwmadXBuoamd8NiUV3koBUQl

Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Raja itu sempat melakukan tinjauan kawasan sawah bagi mengenal pasti penyebab utama kepada pengurangan hasil padi.

Katanya, masalah ini dikenal pasti berpunca daripada kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan padi seluruh negara.

Beliau berkata berikutan masalah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun bagi membolehkan bekalan padi dan beras dapat dikeluarkan secara konsisten.

“Isu struktural ini perlu ditangani sewajarnya, sistem pengairan yang telah dibangunkan sejak sekian lama perlu dibuat penyelenggaraan secara berterusan dan hal ini melibatkan kos yang tinggi, sebab itu Perdana Menteri telah umumkan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Projek infrastruktur ini dilaksanakan berkonsepkan kerjasama awam-swasta dengan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di Kawasan Muda ini akan dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta dan akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat yang terlibat selepas projek siap,” katanya.

Sumber: Facebook Mohamad Sabu

BACA: Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini – METMalaysia

BACA: Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Pecah Amanah RM21 Juta

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.