Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
haiwan alah terhadap manusia
Kredit: ChatGPT

Haiwan Juga Boleh Alah Terhadap Manusia? Ini Fakta Yang Mengejutkan

Athirah

Haiwan Juga Boleh Alah Terhadap Manusia? Ini Fakta Yang Mengejutkan

Alahan merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh manusia di seluruh dunia. Ia berlaku apabila sistem imum bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan asing yang sebenarnya tidak berbahaya.

Misalnya seperti debunga, habuk, makanan tertentu atau ubat-ubatan. Reaksi ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk, termasuk ruam kulit, kesukaran bernafas dan bersin berulang kali.

Walaupun alahan ini sering terjadi di kalangan kita, namun ia bukanlah sejenis penyakit yang boleh dianggap remeh dan mudah diubati kerana jika tak kena dengan caranya, ia boleh mengancam nyawa.

Biasanya, kita hanya mengetahui bahawa manusia mempunyai alahan terhadap beberapa jenis haiwan.

Untuk pengetahuan, beberapa haiwan juga boleh mengalami alahan terhadap manusia. Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda semua mengenai punca-punca dan cara merawat alahan haiwan.

Anjing dan kucing boleh alami alahan terhadap manusia

Menurut Live Science, kajian yang dilakukan oleh penolong profesor klinikal dermatologi di Kolej Perubatan Veterinar Universiti Cornell, Dr Heather Edginton mendapati kucing dan anjing yang dipelihara boleh mengalami reaksi alahan terhadap manusia.

Tiga kategori utama alahan pada anjing dan kucing ialah alahan kutu, alahan makanan dan alahan persekitaran. Namun, alergi terhadap manusia termasuk dalam kategori alahan persekitaran.

Gejala alahan pada haiwan peliharaan biasanya mempunyai gejala ringan. Hanya dalam kes yang sangat jarang, gejala ini boleh menjadi berbahaya atau mengancam nyawa.

Difahamkan, reaksi alahan yang paling teruk yang boleh dialami oleh kedua-dua haiwan ini ialah reaksi anafilaksis. Di mana, ia melibatkan pembengkakan, muntah, sawan dan kematian.

Kedua-dua haiwan boleh mengalami reaksi alahan

Bagaimanapun, reaksi alahan yang teruk biasanya disebabkan oleh alahan makanan atau sengatan lebah, bukan oleh sentuhan manusia.

Menurut Live Science, anjing atau kucing yang mengalami reaksi alahan akan menggaru secara berulang pada kulit seperti manusia.

Keadaan ini dipanggil dermatitis atopik atau lebih dikenali sebagai ekzema. Dalam kalangan kucing dan anjing, ekzema boleh disebabkan oleh kelemumur manusia yang merangkumi sel kulit mati dan rambut.

Haiwan peliharaan yang mengalami alahan terhadap masalah ini dan berkongsi ruang dalaman dengan manusia akan sentiasa terdedah kepada kelemumur di persekitarannya.

Bagi haiwan peliharaan yang mengalami alahan, alahan terhadap manusia biasanya termasuk dalam senarai.

Daripada kira-kira 20% anjing yang menunjukkan gejala alahan, hanya separuh daripadanya mengalami alahan terhadap kelemumur manusia.

Alahan terhadap manusia tidak boleh disembuhkan

Menurut National Geographic, suntikan alahan turut diberikan kepada haiwan yang memiliki alahan. Kaedah ini melibatkan jumlah alergen yang terkawal untuk mengurangkan reaksi alahan.

Walaupun ekzema sering berlaku dalam kalangan kucing, sejauh mana ia disebabkan oleh sentuhan manusia masih kurang diketahui.

Bagi anjing yang mengalami alahan terhadap manusia, terdapat beberapa pilihan rawatan seperti pemberian antihistamin pencegahan.

Ubat ini selalunya diberikan dalam bentuk pil dan haiwan tersebut perlu mengambil dos harian untuk mengawal gejala. Walau bagaimanapun, tidak semua haiwan memberi tindak balas terhadap ubat berkenaan.

BACA: Pandai Pilih Tempat, Dua Kucing Selesa ‘Lepak’ Dalam Keranda

Sumber: Live Science, National Geographic