Jollibee Lancar Kempen Mesra Ria Ramadan Raikan Iftar dengan Lazat
Sempena bulan Ramadan, Jollibee memperkenalkan Kempen Mesra Ria, yang bertujuan membawa kegembiraan dan keakraban dalam setiap hidangan berbuka puasa. Kempen ini mengajak orang ramai untuk menikmati detik bermakna bersama keluarga dan rakan-rakan melalui sajian lazat yang direka khas untuk dikongsi.
Berlangsung hingga 30 April 2025, kempen ini menampilkan tiga pilihan set hidangan yang sesuai untuk pelbagai keperluan. Set Mesra direka khas untuk seorang, manakala Set Ria sesuai bagi dua orang yang ingin menikmati hidangan bersama. Bagi kumpulan yang lebih besar, Set Raya menyediakan hidangan yang lengkap untuk empat hingga lima orang, termasuk percuma 1.5L Tropicana Twister bagi menyempurnakan pengalaman berbuka puasa.
Dengan menu utama seperti Chickenjoy yang rangup dan juicy, Ori atau Spicy Chicken Sandwich, Jolly Spaghetti, kentang goreng dan minuman menyegarkan, setiap set memberikan pengalaman berbuka yang lebih mudah dan menyenangkan.
Hidangan Istimewa Mesra Ria Jollibee
Set Mesra ditawarkan pada harga RM45.99 untuk 2 pax di Semenanjung Malaysia dan RM52.99 di Sabah dan Sarawak. Hidangan ini merangkumi satu Ori atau Spicy Chicken Sandwich, seketul Chickenjoy dengan kuah, kentang goreng bersaiz sederhana dan minuman bersaiz sederhana.
Set Ria, yang sesuai untuk 1 pax, berharga RM23.99 di Semenanjung Malaysia dan RM26.99 di Sabah dan Sarawak. Set ini mengandungi dua Ori atau Spicy Chicken Sandwich, dua ketul Chickenjoy dengan kuah, dua kentang goreng sederhana dan dua minuman sederhana.
Bagi mereka yang ingin berbuka secara berkumpulan, Set Raya tersedia pada harga RM84.99 di Semenanjung Malaysia dan RM93.99 di Sabah dan Sarawak. Set ini merangkumi lima ketul Chickenjoy dalam baldi, dua Ori atau Spicy Chicken Sandwich, dua hidangan Jolly Spaghetti, dua kentang goreng sederhana, serta percuma 1.5L Tropicana Twister.
Jollibee bukan sekadar tempat untuk menikmati hidangan berbuka, tetapi juga ruang untuk mengeratkan hubungan dengan orang tersayang. Dengan pilihan menu yang lazat dan mengenyangkan, Jollibee menjadi destinasi ideal untuk berbuka puasa dalam suasana penuh keceriaan. Nak Mesra Ria? Confirmlah Jollibee!
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari media sosial rasmi Jollibee Malaysia:
Instagram: @jollibeemy
Facebook: Jollibee Malaysia
TikTok: @jollibeemy