Siakap Keli
Kenali Kevin's Buddies! First Pride Memperkenalkan Trio Rangup yang Terunggul: Kat-Su (Katsu Ayam), Chee Ken (Kepingan Ayam) & Drum-Mat (Drumet Ayam) Terbaharu
Gambar Hiasan

Kenali Kevin’s Buddies! First Pride Memperkenalkan Trio Rangup yang Terunggul: Kat-Su (Katsu Ayam), Chee Ken (Kepingan Ayam) & Drum-Mat (Drumet Ayam) Terbaharu

Kenali Kevin’s Buddies! First Pride Memperkenalkan Trio Rangup yang Terunggul: Kat-Su (Katsu Ayam), Chee Ken (Kepingan Ayam) & Drum-Mat (Drumet Ayam) Terbaharu

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2025 – Kevin, Rakan Nugget kami dari First Pride, kini tidak lagi bersendirian – dia kini ditemani geng rangupnya! Dengan penuh keterujaan, kami memperkenalkan Kevin’s BuddiesKat-Su (Katsu Ayam), Chee Ken (Kepingan Ayam) dan tambahan terbaharu, Drum-Mat (Drumet Ayam)! Trio Rangup yang terunggul ini bakal memeriahkan waktu snek, waktu makan, dan segala waktu di antaranya!

Drumet Ayam Rangup Original First Pride
Drumet Ayam Rangup Hot & Spicy First Pride

First Pride mengembangkan lagi rangkaian produknya dengan siri baharu ‘Snack Series’ yang menampilkan Drumet Ayam terbaharu! Rangup, berisi dan berjus, Drumet Ayam ini dicipta bagi memenuhi keperluan protein anda dengan cara mudah. Tersedia dalam dua perisa – Original dan Hot & Spicy – setiap gigitan memberikan kerangupan yang sempurna serta isi yang lembut. Sama ada digoreng dalam minyak, dibakar dalam ketuhar, atau menggunakan penggoreng udara (air fryer), hasilnya tetap rangup dan penuh perisa!

Drum-Mat (Drumet Ayam)

Kevin’s Buddies menjadikan setiap waktu makan lebih menyeronokkan – sesuai untuk keluarga, golongan muda, atau sesiapa saja yang menggemari snek rangup. Setiap pilihan menawarkan kelazatan yang tersendiri:

Kat-Su (Katsu Ayam)
  • Kat-Su (Katsu Ayam) – ‘Ratu Cef’ dalam geng ini, yang sentiasa menyajikan hidangan yang rangup keemasan dan penuh kasih sayang. Dengan spatula di tangan dan semangat memasak yang membara, dia terus mengasah kemahirannya sambil memastikan Kevin dan gengnya tidak kelaparan. Selain menjadi pakar di dapur, Kat-Su juga sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan!
  • Chee Ken (Kepingan Ayam) – Sahabat baik Kevin dan bintang paling menyerlah di padang! Sama ada menjaringkan gol kemenangan atau menceriakan suasana, Chee Ken sentiasa aktif, penuh tenaga, dan bersemangat. Tidak kira di dalam atau di luar padang, pasti ada keseronokan dan keenakan yang menanti anda!
  • Drum-Mat (Drumet Ayam) – Ahli baharu yang paling ‘chill’ dalam geng. Bersahaja dan tenang dalam apa jua keadaan, dia adalah ‘pencipta suasana’ yang memastikan setiap momen lebih seronok. Walaupun suka menjalani hidup dengan cara yang santai, dia tidak pernah berlengah dalam apa yang penting. Baginya, kehidupan yang terbaik mengalir bebas seperti sungai – dan jika ditambah sedikit ‘sos’, pasti lebih enak dan menyeronokkan!
Chee Ken (Kepingan Ayam)

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Kevin’s Buddies, rangkaian snek yang memenuhi keinginan anda terhadap snek rangup! Siri ‘Snack Series’ baharu yang menampilkan Drumet Ayam adalah satu ‘pencetus revolusi’ – mudah dimasak, penuh perisa, dan ideal dinikmati bersama. Kami akan terus mengembangkan pilihan produk dengan siri ‘Snack Series’ bagi memenuhi keperluan pengguna yang sering berubah, terutamanya generasi muda. Sama ada anda penggemar Katsu Ayam yang rangup, suka mencuba pelbagai sos bersama Kepingan Ayam, atau Drumet yang berisi dan berjus – ada sahaja pilihan yang sesuai untuk anda!” – Freddie Wong, Pengarah Pemasaran, Tyson Foods Malaysia.

Di First Pride, kami berbangga menggunakan hanya bahan-bahan bermutu tinggi bagi menghasilkan hidangan yang cepat, mudah lagi lazat. Kami komited untuk menyajikan makanan yang bermutu tinggi dan enak bagi menyatukan semua orang, sama ada untuk sajian harian ataupun acara istimewa.

Nikmati Drum-Mat (Drummet Ayam) terbaharu yang tersedia dalam 2 perisa – Original dan Hot & Spicy – yang direka khas bagi memuaskan selera anda. Terokailah rangkaian produk First Pride, termasuk siri ‘Snack Series’, yang kini sudah dijual di peruncit-peruncit terpilih di seluruh negara, termasuk AEON Big, AEON MaxValu Prime, Lotus’s, dan Village Grocer.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial rasmi First Pride Malaysia di: Instagram dan Facebook.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.