Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Penjara Kajang
Kredit: TikTok @zawaneemegat @yarafaee
Tiada Kategori

Penjara Kajang ‘Diserbu’ Ramai

Siti Nur Ain Natasya

Penjara Kajang ‘Diserbu’ Ramai

Bila sebut pasal “penjara”, ia pastinya sinonim dengan tempat yang menyeramkan, suram dan penuh dengan kisah-kisah ‘gelap’ yang menakutkan.

Bahkan, ia adalah ‘destinasi terakhir’ bagi sesetengah orang.

Namun, di sebalik tembok tinggi dan pagar berduri yang memisahkan dunia luar dengan kehidupan di dalamnya, ia sebenarnya juga medan untuk membina kembali kehidupan.

Kenapa Penjara Kajang makin ‘popular’?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @zawaneemegat, berkongsi video suasana ‘meriah’ di sekitar Penjara Kajang.

Dalam video tersebut, kelihatan ramai orang keluar masuk dengan kenderaan masing-masing.

Rupa-rupanya, mereka datang berpusu-pusu untuk membeli kuih dan biskut bagi persiapan Hari Raya.

Menariknya, harga kuih raya di sini sangat berpatutan, serendah RM18 sebekas.

Selain kuih raya, Penjara Kajang juga terkenal dengan frozen food, yang mendapat pujian ramai.

Menurut @zawaneemegat, roti sardin yang dijual di sini rangup di luar dan gebu di dalam, manakala pau goreng pula lembut dan penuh inti.

Tidak hanya itu, pelbagai makanan lain seperti martabak, roti goreng, sardin roll, serta puluhan menu lain turut tersedia.

Namun, bukan sekadar makanan yang mencuri perhatian.

Penjara Kajang juga menghasilkan produk lain seperti batik, hasil tenunan, perhiasan rumah serta beg tangan eksklusif yang diperbuat daripada Tenun Pahang Diraja.

Semua ini boleh didapati di Galeri My Pride (Prison Department), pusat jualan utama hasil kerja banduan.

“Penangan Tun Laila”

Populariti produk Penjara Kajang semakin melonjak selepas mendapat perhatian seorang peguam dan pempengaruh terkenal, Tun Laila.

Dalam lawatannya ke Galeri My Pride, beliau berkongsi bahawa sebahagian hasil jualan ini diberikan kepada banduan sebagai duit tambahan.

Ini membolehkan mereka menikmati makanan lebih enak semasa perayaan.

Antara produk yang mencuri perhatian Tun Laila ialah karipap pusing inti ayam kurma, yang dikatakan sangat sedap dan sukar didapati di tempat lain.

Disebabkan makin ‘popular’, produk Penjara Kajang kini laku keras, macam ‘pisang goreng panas’.

Untuk makluman, Galeri My Pride bukan sahaja menjual produk dari Penjara Kajang, tetapi juga mengumpulkan hasil kerja banduan dari Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Galeri ini dibuka setiap hari, termasuk hujung minggu, bagi memudahkan orang ramai membeli produk mereka dengan harga berpatutan.

Selain galeri, terdapat juga bazar mini di dalam kawasan Penjara Kajang yang menjual pelbagai juadah makanan dan minuman kepada pengunjung.

BACA: MyKad Hilang, Lelaki Terkejut Ada Hutang Lebih RM14 Ribu

BACA: “Busker Tradisional” Gamit Nostalgia Zaman Dulu-Dulu

BACA: Hantar Anak Sekolah, Lelaki Tunjuk Suasana Unik Waktu Pagi Cameron Highlands

Sumber: Zawanee Megat (1) (2) (3), Tun Laila