Siakap Keli
adik aidil
Kredit: Natipah Abu

Hidap Kanser Darah, Adik Aidil Perlukan Sumbangan Kewangan

Hidap Kanser Darah, Adik Aidil Perlukan Sumbangan Kewangan

Kehidupan seorang kanak-kanak seharusnya berada di samping keluarga, berlari dan bermain dengan gembira di taman permainan. Namun, segalanya berubah sekelip mata apabila kanser menyerang seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Aidil Arsyad.

Menurut aktivis masyarakat, Natipah Abu yang berkongsi kisah kehidupan masyarakat di laman Facebook, kanak-kanak tersebut menghidap penyakit kanser darah atau dikenali dengan nama leukimia limfoblastik akut (ALL) berisiko tinggi.

Sebagai pengetahuan, penyakit ini berkembang dengan cepat dan menghasilkan sel darah yang belum matang, menurut Mayo Clinic.

“Pada awalnya, tubuh badan Muhammad Aidil Arsyad ada kesan lebam-lebam. Selain kesan lebam itu, Aidil sihat. Demam pun tidak,” jelas Natipah.

Kehidupan kanak-kanak berkenaan mula berubah apabila ibu dan bapanya tekad untuk menghantar Aidil mendapatkan rawatan kimoterapi di hospital. Namun begitu, perjalanan yang perlu ditempuh mereka sekeluarga masih jauh.

“Menurut doktor, sel kanser Aidil agak agresif.

“Walaupun kos rawatan percuma tetapi kos ulang-alik dan belanja ibu sepanjang di wad sangat memberi kesan terhadap ayah Aidil,” kongsi Natipah.

Katanya lagi, Aidil sebelum ini dikenali sebagai anak yang pintar dan petah berkata-kata.

“Namun kanser yang menyerang secara tiba-tiba meragut semua. Kedua ibu dan ayah sangat berharap Aidil akan sembuh seperti sediakala,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, adik-beradik Aidil turut kehilangan kegembiraan dan kemeriahan di zaman kanak-kanak. Tanpa kehadiran ibu yang lebih banyak meluangkan masa di hospital menjaga Aidil, ketiga-tiga adik-beradik ini terpaksa menjadi matang sebelum usia.

“Mereka faham dengan keadaan ayah,” jelas Natipah lanjut.

Bapa kepada empat adik-beradik itu, Shahrul Nizam, 48 tahun, bekerja sebagai penoreh getah. Memandangkan faktor cuaca yang kini tidak menentu, dan urusan anak-anak di rumah serta hospital menjadi cabaran besar buatnya mencari rezeki.

Bagi meringankan beban keluarga ini, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Pertubuhan Jariah Qaseh 552107634719 (Maybank).

BACA: Muhd Idzwan Syafiq Ubah Corak Pemakanan, Lawan Penyakit Buah Pinggang

BACA: Warga Emas Hilang Ketika Keluar Ke Pusat Fisioterapi Ditemukan Maut

Sumber: Natipah Abu, Mayo Clinic

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: