Siakap Keli
kenapa kotak hitam berwarna oren
Gambar: AFP

Pelik, Kenapa Kotak Hitam Pesawat Sebenarnya Berwarna Oren

Pelik, Kenapa Kotak Hitam Pesawat Sebenarnya Berwarna Oren

Setiap kali berlaku nahas udara melibatkan pesawat, tentunya anda akan mendengar berita-berita mengulas mengenai kotak hitam pesawat.

Mungkin ramai yang beranggapan kotak hitam ini berwarna hitam bukan? Sebenarnya bukan.

Tahukah anda, rupa sebenar kotak hitam ini bukanlah berwarna hitam seperti nama panggilannya, sebaliknya kotak ini berwarna oren.

Tentu ramai yang dah mula terfikir kenapa teknologi yang diletakkan pada pesawat atau jet ini tidak berwarna hitam?

Oleh itu, SK hari ini ingin memberitahu mengapa kotak  hitam ini sebenarnya berwarna oren.

Sebab Kotak Hitam Berwarna Oren

Gambar: AFP

Walaupun dikenali sebagai “kotak hitam”, perakam data penerbangan atau black box sebenarnya dicat dengan warna oren terang.

Pemilihan warna ini bertujuan untuk memudahkan proses pencarian selepas berlakunya kemalangan pesawat.

Warna oren yang ‘mencolok’ memudahkan pasukan penyelamat mengenal pasti atau mengesan peranti ini di antara serpihan pesawat atau di dalam air.

Asal Usul Istilah Kotak Hitam

kenapa kotak hitam berwarna oren
Gambar: AFP

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul istilah “kotak hitam”. Salah satu teori menyatakan bahawa istilah ini berasal dari reka bentuk awal kotak tersebut yang berwarna gelap atau hitam.

Teori lain menjelaskan bahawa istilah ini diperkenalkan oleh seorang wartawan pada tahun 1958 yang menemui kotak hangus berwarna hitam selepas kemalangan pesawat, walaupun sebenarnya kotak tersebut dicat oren.

Fungsi dan Ketahanan

Kotak Hitam terdiri daripada dua komponen utama iaitu Rakaman Data Penerbangan (Flight Data Recorder – FDR) yang berfungsi si untuk menyimpan data teknikal seperti kelajuan udara, ketinggian, dan aliran bahan bakar.

Komponen seterusnya adalah Rakaman Suara Kokpit (Cockpit Voice Recorder – CVR) yang berperanan merekod perbualan antara kru kokpit dan komunikasi radio.

Peranti ini direka untuk menahan keadaan ekstrem seperti impak kuat, suhu tinggi, dan tekanan air yang tinggi. Ketahanan ini memastikan data penting dapat diperoleh untuk tujuan penyiasatan selepas kemalangan.

Ringkasnya, walaupun disebut sebagai “kotak hitam”, peranti ini dicat dengan warna oren terang untuk memudahkan pengesanan dan pencarian selepas insiden penerbangan.

Sumber: Kompas.com, Tirto. Id

BACA: Meriah, Suasana Tarawih Di Masjid Taman Semarak Buat Ramai Kagum

BACA: Tunang Meninggal Sebulan Sebelum Majlis Kahwin, Pesanan Terakhir Undang Sebak

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.