Siakap Keli
Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Wellness Merangkumi Pengalaman Holistik Dan Destinasi Indah
Sumber: Bernama

Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Wellness Merangkumi Pengalaman Holistik Dan Destinasi Indah

Tourism Malaysia Lancar Pakej Pelancongan Wellness Merangkumi Pengalaman Holistik Dan Destinasi Indah

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2025 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan 36 pakej  pelancongan wellness yang menggabungkan elemen kesihatan, budaya, dan alam  semula jadi. Inisiatif ini adalah sebagai mempelbagaikan pakej-pakej pelancongan  yang boleh ditawarkan kepada pelancong-pelancong terutamanya bagi mereka yang  ingin merehatkan diri dan mempunyai minat dalam mencuba pelbagai rawatan diri  yang ditawarkan. 

Pakej-pakej ini dilancarkan dengan kerjasama 12 pemain industri yang terdiri daripada agensi pelancongan, hotel dan pusat kesihatan merangkumi pelbagai program  kesejahteraan holistik, seperti rawatan spa dan terapi tradisional. 

Penawaran bermula dari RM248 merangkumi pelbagai pengalaman kesejahteraan  seperti terapi urutan tradisional Melayu untuk melegakan ketegangan otot, aktiviti  pernafasan taici untuk meningkatkan ketenangan mental dan fizikal, forest bathing sambil menikmati suasana alam sekitar, mandian air panas yang menyegarkan dan  pelbagai lagi. Tempoh sah pakej-pakej ini adalah sehingga 31 Disember 2026 tertakluk kepada terma dan syarat. 

Selain daripada menawarkan pakej-pakej wellness, cadangan program juga melibatkan  lawatan ke tempat-tempat menarik yang terdapat berdekatan dengan pakej-pakej  wellness yang ditawarkan seperti lawatan ke perkampungan budaya, lawatan ke  tempat-tempat tarikan semulajadi, seperti kolam air panas dan sebagainya. Pakej ini  juga menawarkan lawatan ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti bagi membuat  aktiviti ‘riadah’, rekreasi yang boleh dilawati oleh para pengunjung. 

Terdapat 365 spa berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menyediakan pelbagai rawatan seperti urutan batu panas, rawatan lulur  tradisional, aromaterapi, rawatan ibu bersalin, terapi hidro (hydrotherapy), mandian  herba serta terapi Ayurveda serta urutan Malaysia yang memberi tumpuan kepada  pelbagai teknik penyembuhan tradisional daripada pelbagai budaya yang ada di  Malaysia.  

Antara rawatan yang popular termasuk rendaman kaki herba Malaysia, teknik  pernafasan Qi Gong oleh masyarakat Cina, urutan kepala oleh masyarakat India, dan  rawatan refleksologi yang bukan sahaja mengurangkan ketegangan fizikal, malah turut  mengimbangi kesihatan badan, minda dan rohani. 

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan  mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia  di www.malaysia.travel

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.