Siakap Keli
Vfive Group Perluas Inisiatif Kebajikan Sepanjang Ramadan Untuk Bantu Golongan Memerlukan
Gambar Hiasan

Vfive Group Perluas Inisiatif Kebajikan Sepanjang Ramadan Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Vfive Group Perluas Inisiatif Kebajikan Sepanjang Ramadan Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 : Syarikat milikan penuh Bumiputera, VFive Group teruskomited memperkasakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat sepanjang Ramadan tahun ini seiring dengan usaha meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Inisiatif-inisiatif berkenaan dilaksanakan oleh Yayasan VFive yang turut melibatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pelbagai institusi masjid, surau, madrasah Tahfiz dan seumpamanya di sekitar Lembah Klang.

Antara program yang dilaksanakan termasuklah sumbangan 750 pek makanan iftar harian, sumbangan baju raya percuma kepada anak-anak yatim, program singgah sahur, tajaan menunaikan umrah di bulan Ramadan, edaran bubur lambuk percuma dan pelbagai lagi bantuan kebajikan kepada masjid, surau, pusat-pusat Tahfiz serta institusi pendidikan.

Bukan sahaja di dalam negara, sumbangan kebajikan ini turut disalurkan kepada masyarakat Islam di luar negara menerusi program infaq iftar di Masjidil Haram, Madinah dan Indonesia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Hj Mohd Syafiq Hj Abdullah berkata, segala inisiatif CSR yang dirangka adalah bermatlamat mengurangkan bebanan golongan yang memerlukan agar sinar Ramadan dapat sama-sama dinikmati,” katanya di Majlis Iftar Perdana 2025 di Grand Barakah Hotel pada Jumaat.

“Kehadiran Ramadan sebagaimana kita semua sedia maklum adalah sarat dengan kemuliaan dan keberkatan. Justeru amat rugi jika kita tidak mengimarahkannya dengan melakukan amal kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya lagi.

“Ini juga adalah selari dengan visi VFive Group selaku organisasi Bumiputera untuk membantu dan sama-sama berkongsi rezeki dengan seramai mungkin masyarakat yang memerlukan. Insya Allah, segala usaha kebajikan ini akan kita perluaskan lagi dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Majlis Iftar Perdana 2025 yang dianjurkan oleh VFive Group berkenaan merupakan wadah bagi mengeratkan ukhuwah antara warga kerja bersama pemegang taruh, di samping menyantuni tetamu jemputan yang antaranya terdiri daripada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

Pada majlis tersebut, VFive Group turut menyalurkan sumbangan Infaq Mahabbah Ramadan kepada masjid, surau, pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan dan juga komuniti penghantar makanan yang disampaikan dalam bentuk replika cek.

Bagi sebarang pertanyaan dan cadangan bentuk kerjasama, amatlah dialu-alukan untuk menghubungi pengurusan Yayasan VFive agar lebih ramai komuniti boleh dibantu dan dapat merasai nikmat kehidupan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif sumbangan Yayasan VFive, sila layari laman media sosial Yayasan VFive.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.