Siakap Keli
Agenda Reformasi Anwar
Gambar: BERNAMA

Agenda Reformasi Dilaksana Secara Teliti, Elak Kegagalan Akibat Kegopohan – Anwar

Agenda Reformasi Dilaksana Secara Teliti, Elak Kegagalan Akibat Kegopohan – Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Kerajaan komited dalam melakukan agenda reformasi institusi, termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagaimanapun usaha itu tidak boleh dilakukan secara mendadak bagi mengelak ia daripada berakhir dengan kegagalan.

Beliau berkata dalam melakukan sebarang reformasi, kerajaan juga harus melihat sejarah dan pengajaran daripada negara luar seperti Poland dan Czechoslovakia apabila reformasi telah gagal, antara lain kerana dilakukan secara terburu-buru.

“Apa beza kita dengan kerajaan terdahulu. Kita tegas dengan keputusan reform sehingga ada antara kita yang takut reform boleh merugikan, tetapi bagi yang pro-reform, mereka dilihat kurang sabar untuk lihat perubahan.

“Saya nak katakan reformasi tidak mungkin berjaya sekiranya pimpinan laksanakan secara gelojoh, terlalu mendadak… kita telah lihat, yang kebanyakan sejarah dunia, reformasi yang dibuat dengan mendadak berakhir dengan kegagalan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di Seksyen 15, di sini hari ini.

BACA: Babak Drama Bersiri “Bidaah” Yang Mengandungi Unsur Yang Menimbulkan Kegelisahan Awam – JAKIM

BACA: Polis Sahkan Wanita Terjatuh Jejambat Berhampiran I-City

BACA: Perkhidmatan ETS Dari Stesen Segamat Bermula Hari Ini – KTMB

Sumber: BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.