Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
ets segamat bermula
Gambar: KTMB Berhad

Perkhidmatan ETS Dari Stesen Segamat Bermula Hari Ini – KTMB

Iqbal Yasir

Perkhidmatan ETS Dari Stesen Segamat Bermula Hari Ini – KTMB

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan rangkaian rel negara dengan memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pukul 7.55 pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Segamat juga berlepas pada 7.50 pagi dan dijangka tiba 2.57 petang dengan perkhidmatan yang dilanjutkan itu merangkumi laluan sedia ada dari Butterworth-Gemas-Butterworth serta Padang Besar-Gemas-Padang Besar.

“Kami amat berbesar hati memperkenalkan perkhidmatan ETS ke Segamat, yang akan memberikan kemudahan perjalanan rel moden dan lancar kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Lanjutan perkhidmatan ini mencerminkan komitmen kami dalam meningkatkan pengangkutan awam serta menyediakan pilihan perjalanan yang lebih lestari.

“Laluan baharu ini juga dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di Segamat dengan meningkatkan kesalinghubungan dan menarik lebih ramai pelawat ke bandar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aktiviti promosi dimulakan tiga hari lepas dengan mengunjungi pejabat-pejabat kerajaan, pasar raya, masjid, serta bazar Ramadan di sekitar Segamat untuk bertemu orang ramai dan menghebahkan lanjutan perkhidmatan ETS ke Segamat.

KTMB juga menawarkan promosi khas dengan diskaun RM10 untuk perkhidmatan tren EG9321, EG9322, EG9420 dan EG9425, tertakluk kepada terma dan syarat kepada para pengunjung yang datang ke Stesen Segamat.

“Selain itu, jualan barangan eksklusif Rail Boutique KTMB serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) turut diadakan di Stesen Segamat untuk bersama-sama meraikan lanjutan pengoperasian tren ETS ke Segamat pada hari ini,” menurut kenyataan itu.

Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kiosk KTMB atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

Sumber: BERNAMA