Siakap Keli
Antara Ketupat & Keluarga: Filem Pendek CARiNG Bawa Mesej Kasih Sayang Dan Kemaafan Sempena Aidilfitri
Gambar Hiasan

Antara Ketupat & Keluarga: Filem Pendek CARiNG Bawa Mesej Kasih Sayang Dan Kemaafan Sempena Aidilfitri

Antara Ketupat & Keluarga: Filem Pendek CARiNG Bawa Mesej Kasih Sayang Dan Kemaafan Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2025 – Sempena Aidilfitri tahun ini, CARiNG Pharmacy mempersembahkan Syawal di Hati, Kenangan Abadi, sebuah filem pendek yang menyentuh hati tentang cabaran keibubapaan bersama dan kesannya terhadap emosi anak-anak. Dengan jalan cerita yang menyayat hati tetapi penuh harapan, filem ini menunjukkan bagaimana konflik dalam keluarga boleh merobek hubungan—dan akhirnya, anak-anaklah yang menanggung luka paling dalam.

Filem tersebut berkisarkan tentang perjalanan hidup dua beradik, Angah dan Along, yang terpaksa melalui perubahan hidup selepas ayah mereka mengambil keputusan meninggalkan keluarga mereka selepas satu pertengkaran besar. Sebelum keluar dari rumah, Ayah menarik Angah untuk pergi bersamanya, sementara Along cuba mempertahankan sebuah lukisan kesayangan—simbol kenangan mereka bersama. Saat Angah diheret keluar, lukisan tersebut terkoyak, seolah-olah menggambarkan keluarga mereka yang berpecah dua.

Along yang kini tinggal bersama ibunya pulang ke rumah nenek untuk menyambut Aidilfitri, tetapi kehilangan Angah terus dirasai. Sambil termenung di satu sudut rumah, dia melukis dalam diam, meluahkan rindunya dengan cara tersendiri. Ibunya yang sedang menganyam ketupat bersama Nenek memerhati dan menyedari kesedihan Along. Lalu Nenek berkongsi satu nasihat yang penuh bermakna: hubungan, seperti ketupat, perlu dijaga dengan cermat—kalau tarik terlalu kuat, ia putus; kalau biarkan terlalu longgar, ia terlerai.

Kata-kata itu membuatkan Ibu termenung, mengenangkan kembali sambutan Aidilfitri lampau—gelak tawa, tradisi, dan keakraban yang pernah menyatukan mereka. Walaupun hatinya berat, Ibu akhirnya mengambil telefon dan membuat satu panggilan yang dipenuhi rasa rindu dan keinginan untuk membaiki segalanya—satu langkah kecil untuk membuka ruang kepada keibubapaan bersama demi anak-anaknya.

Keistimewaan filem pendek ini ialah penampilan lukisan yang digunakan dalam kisah Along dan Angah yang merupakan hasil karya ARTJAMILA, seorang artis autistik savant berbakat dari Malaysia. Sama seperti Along dan Angah yang cuba menyatukan kembali hubungan mereka, lukisan ini menjadi simbol ketabahan dan baik puluh hubungan kekeluargaan. Berbekalkan semangat ini, CARiNG Pharmacy bekerjasama dengan ARTJAMILA untuk menghasilkan sampul Raya eksklusif yang membawa mesej bermakna: walaupun hubungan diuji, kasih sayang boleh menyatukan kembali hati yang terpisah.

Melalui Syawal di Hati, Kenangan Abadi, CARiNG Pharmacy ingin mengajak kita semua untuk lebih peka terhadap kesedihan anak-anak yang terperangkap dalam konflik keluarga. Walaupun terpaksa melalui perpisahan, kasih sayang antara adik-beradik tetap wujud—menunggu masa untuk dipulihkan dengan persefahaman, keampunan, dan keberanian untuk mendekati semula.

Jangan lupa tonton filem penuh di YouTube CARiNG Pharmacy dan hayati semangat Aidilfitri dengan kasih sayang, kemaafan, dan kenangan yang bermakna.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi CARiNG serta media sosial mereka di Facebook, Instagram, TikTok, dan X.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.