Siakap Keli
baju 4 pasang

“Baju 4 Pasang & Barang Dapur Settle,” Lelaki Lega RM300 Tak Habis Beli Barang Persiapan Raya

“Baju 4 Pasang & Barang Dapur Settle,” Lelaki Lega RM300 Tak Habis Beli Barang Persiapan Raya

Cepat waktu berlalu, kini kita sudah memasuki pertengahan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Selain sibuk dengan ibadah, bulan puasa juga memperlihatkan orang ramai sibuk melakukan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri.

Malah, tak dinafikan ramai yang sudah membeli baju raya sejak sebelum bulan puasa lagi. Hal ini kerana mereka tidak mahu terkejar-kejar ketika bulan puasa, sekaligus dapat fokus kepada perkara lain.

Bagaimanapun, sesetengah ibu bapa pada bulan ini menghadapi saat yang getir terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Manakan tidak, ada banyak perkara yang perlu difikirkan dan ada banyak modal yang perlu dikeluarkan. Memikirkan hal sekolah anak sudah menjadi satu hal yang mustahak terutama apabila mereka baru sahaja mendaftar masuk sesi baharu pada awal bulan ini. Banyak duit yang dikeluarkan, selepas itu ditambah pula dengan baju raya.

Bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan, tidak mengapa jika mereka tidak membeli pakaian baharu asalkan anak-anak dapat merasainya.

Justeru, mereka berjimat cermat dan bersederhana dalam berbelanja.

RM300 cukup belanja raya?

Bercakap mengenainya, seorang lelaki yang juga ketua keluarga baru-baru ini telah berkongsi mengenai persiapannya sekeluarga sempena hari raya.

Baru sahaja berhabis membeli barang keperluan sekolah dan yuran anak-anak, dia berkongsi rasa lega kerana dapat menyediakan keperluan raya dengan kos tidak sampai RM300.

Lelaki yang dikenali sebagai Azim itu berkata dia bersyukur kerana dapat membeli baju raya untuk diri sendiri, isteri dan dua orang anaknya. Malah, dia juga dapat membeli pelbagai barang dapur dan berhabis hanya sekitar RM300 untuk dua perkara tersebut.

“Saya dapat beli kurta dua anak (RM39.90 x 2), kurta saya (RM49.90) dan baju kurung isteri satu (RM79.90). Total RM209.60 je. Untuk barang dapur, kami beli bahan asas rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang. Campur sekali baju, ada lah dalam RM300.”

“Syukur bajet yang saya tetapkan tak lebih masa beli barang-barang tu. Jadi perbelanjaan keluarga pun tak terjejas untuk bulan ni,” katanya.

Di mana Azim berbelanja?

Menurut Azim, dia telah membeli-belah di MYDIN. Seperti yang diketahui, MYDIN sememangnya menawarkan harga yang sangat berpatutan, apatah lagi bagi barangan untuk persiapan hari raya nanti.

Ketika berbelanja di MYDIN, lelaki itu dapat membeli empat pasang baju buat mereka sekeluarga, barang keperluan raya, malah berpeluang menang hadiah telefon OPPO.

MERIAH – Belanja & Menang bersama OPPO

Anda juga berpeluang untuk berjimat seperti Azim menerusi kempen MERIAH – Belanja dan Menang bersama OPPO di MYDIN. Bermula 1 Mac hingga 30 April, anda hanya perlu berbelanja minimum RM250 dan berpeluang memenangi OPPO Reno 13F dan peranti OPPO yang lain.

Namun perlu diingatkan, ia hanya untuk ahli Blue Meriah sahaja. Jadi anda juga boleh mendaftar sebagai ahli Blue Meriah dan berpeluang mendapat pelbagai tawaran yang menarik.

Selain itu, ahli baharu Blue Meriah juga boleh menebus baucar MYDIN yang bernilai RM5 sehingga 30 Mac ini.

Untuk pengetahuan, MYDIN juga mempunyai pelbagai lagi kempen menarik sempena bulan puasa dan menjelang Aidilfitri ini. Antaranya, pengagihan bubur lambuk di cawangan MYDIN terpilih seluruh negara, tawaran menu rahmah dan Duit Raya Xtra.

BACA JUGA: Nasi Berlauk & Air Tak Sampai RM5, Bazar Rahsia Dalam ‘Mall’ Diserbu Pengunjung Tiap Hari

Jadi jangan lepaskan peluang. Jom kita meriahkan Ramadan dan Raya tahun ini bersama MYDIN.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web MYDIN.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.