Nasi Berlauk & Air Tak Sampai RM5, Bazar Rahsia Dalam ‘Mall’ Diserbu Pengunjung Tiap Hari
Di bulan Ramadan ni, tak dinafikan ada macam-macam bazar Ramadan di seluruh Malaysia. Masa-masa macam ni lah kita boleh jumpa pelbagai jenis makanan—dari kuih tradisional yang jarang ditemui, sampailah ke hidangan moden yang unik. Ada yang menjual lauk-pauk nostalgia, ada juga peniaga kreatif yang memperkenalkan resipi baru yang jarang didengari.
Diam tak diam, setiap petang ramai yang keluar mencari juadah berbuka, mencuba pelbagai menu yang ada di bazar. Tapi, dalam keseronokan memilih makanan, ada satu faktor penting yang selalu menjadi keutamaan—harga yang berpatutan tanpa mengorbankan rasa dan kualiti.
Macam min, kadang-kadang tercari-cari juga dekat mana yang boleh cari hidangan yang mesra poket. Maklumlah, bulan puasa ni pun kena berjimat juga. Tak naklah terlalu ikut nafsu membeli tu.
Cari punya cari, min ada jumpa satu bazar Ramadan rahsia dalam ‘mall’ yang ada pelbagai hidangan menarik dengan harga teramatlah menjimatkan. Korang bayangkan, dalam zaman barang naik harga ni, dekat sini korang boleh beli nasi berlaukkan sayur dan ayam pada harga tak sampai RM5. Siap percuma air lagi!
Menariknya, bazar ini terletak di dalam pasaraya MYDIN, jadi pengunjung boleh membeli makanan dalam suasana lebih selesa, tanpa perlu bersesak di tepi jalan atau risaukan cuaca panas.
Min yakin ramai yang akan serbu bazar ni nanti. Kalau korang sedang mencari hidangan berbuka yang sedap, berbaloi, dan mudah didapati, Bazaar Ramadan MYDIN adalah pilihan yang wajib dicuba!
Menu Rahmah, Hidangan Berbeza Setiap Hari, Lebih Banyak Pilihan
Ya! Korang tak salah baca. Kalau korang nak tahu, pasaraya MYDIN yang terkenal ni memang ada bazar Ramadan istimewa sempena Ramadan tahun ni.
Tak perlu risau nak cari makanan berbuka yang sedap dan berbaloi, sebab di Bazaar Ramadan MYDIN, korang boleh menikmati pelbagai Menu Rahmah istimewa dengan harga yang sangat berpatutan!
Menariknya, setiap hari Menu Rahmah di bazar ni ada hidangan yang berbeza, jadi tak perlu risau bosan makan benda yang sama. Dari hidangan klasik seperti Ayam Kicap Berempah sehinggalah menu yang lebih ringan seperti Laksa Penang, semuanya ada! Setiap set pula lengkap dengan kurma dan air sirap, memang cukup untuk berbuka dengan selesa.
Antara menu yang boleh dinikmati mengikut hari:
- Isnin – Mee Sup + Kurma + Air Sirap
- Selasa – Nasi Putih + Ayam Kicap Berempah + Kubis Goreng + Kurma + Air Sirap
- Rabu – Burger Ayam + Kentang Goreng + Kurma + Air Sirap
- Khamis – Nasi Putih + Ikan Goreng Masak Kicap + Kubis Goreng + Kurma + Air Sirap
- Jumaat – Laksa Penang + Kurma + Air Sirap
- Sabtu – Nasi Putih + Ayam Halia dan Sos Tiram + Taugeh Goreng + Kurma + Air Sirap
- Ahad – Nasi Putih + Ikan Goreng Masam Manis + Bayam Goreng + Kurma + Air Sirap
Dengan harga cuma RM4.90 setiap set, kita boleh nampak yang menu-menu ini memang berbaloi, kan?
Mudah Didapati di Lebih 20 Lokasi Seluruh Malaysia
Kalau dah berkenan nak cuba tu, mesti korang nak tahu dekat mana Bazar Ramadan MYDIN ni ada, betul tak?
Untuk maklumat korang, Bazaar Ramadan MYDIN ada di lebih 20 lokasi di seluruh Malaysia. Jadi, tak kira korang berada di Subang Jaya, Semenyih, Kuala Terengganu, Seremban, Jasin, atau Pulau Pinang, mesti ada satu cawangan MYDIN berdekatan dengan korang!
Tak perlu pening kepala nak fikir menu berbuka, sebab di MYDIN, semuanya dah tersedia dengan harga yang mampu milik.
Senarai cawangan yang terlibat:
- SUBANG JAYA HYPERMARKET – (SJH)
- MYDIN SEMENYIH HYPERMARKET – (SMH)
- KUALA TERENGGANU HYPERMARKET – (KTH)
- GONG BADAK HYPERMARKET – (GBH)
- KUBANG KERIAN HYPERMARKET – (KKH)
- BUKIT JAMBUL HYPERMARKET – (BJH)
- BERTAM HYPERMARKET – (BRH)
- BUKIT MERTAJAM HYPERMARKET – (BMH)
- MYDIN SEREMBAN 2 HYPERMARKET – (SBH)
- MYDIN TUNJONG HYPERMARKET – (TJH)
- JENGKA HYPERMARKET – (JKH)
- MYDIN MELAKA HYPERMARKET – (MLH)
- MYDIN SENAWANG HYPERMARKET- (SWH)
- PELANGI INDAH HYPERMARKET – (PIH)
- MYDIN TAMAN RINTING (MTRH)
- MUTIARA RINI HYPERMARKET – (MTH)
- MYDIN KULAI HYPERMARKET – (KUH)
- MYDIN TAMAN BATIK – (TBH)
- MYDIN TAMAN SAGA BAZAAR – (TSB)
- MYDIN WHOLESALE TEMAN GOPENG – (WTG)
- PARIT BUNTAR HYPERMARKET – (PBH)
- MYDIN MERU RAYA HYPERMARKET – (MRH)
- MYDIN JASIN HYPERMARKET – (JSH)
- MYDIN PULAU SEBANG – (PSH)
Tawaran Istimewa – Minuman Warrior 320ml Percuma!
Bukan setakat harga makanan yang murah, ada lagi kejutan untuk pelanggan setia MYDIN!
Dari 1 – 30 Mac 2025, setiap pembelian set makanan di Bazaar Ramadan Mydin akan menerima 1 tin minuman Warrior 320ml secara percuma (kecuali Sabah & Sarawak).
Lepas seharian berpuasa, mesti tekak rasa kering kan? Dengan minuman Warrior yang menyegarkan, berbuka puasa jadi lebih nikmat!
Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, dan menikmati juadah berbuka yang sedap serta berpatutan adalah salah satu nikmatnya.
Jadi, bila dah jumpa tempat berbuka yang murah, selesa, dan banyak pilihan, memang tak perlu fikir panjang! Dengan Menu Rahmah yang berbeza setiap hari, harga yang sangat berpatutan, serta lokasi yang strategik di dalam MYDIN, bazar ni memang wajib korang serbu setiap petang.
Kalau korang masih belum pernah singgah, inilah masanya untuk cuba sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati juadah berbuka yang sedap, berbaloi, dan mesra bajet di Bazaar Ramadan MYDIN.
Jom ajak kawan-kawan dan keluarga, sebab berbuka ramai-ramai lagi best!