Siakap Keli
hantaran berkaitan nabi
Kredit: JAKIM

Pengguna Facebook Setuju Turunkan Hantaran Berkaitan Nabi, Buat Permohonan Maaf – JAKIM

Pengguna Facebook Setuju Turunkan Hantaran Berkaitan Nabi, Buat Permohonan Maaf – JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memanggil dan mengadakan pertemuan dengan seorang pengguna Facebook yang memuat naik hantaran berkaitan Nabi Muhammad SAW, pada Isnin.

Menerusi kenyataan di Facebook, JAKIM berkata pertemuan tersebut turut disertai oleh pegawai Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

“JAKIM telah membuat teguran dan menggesa beliau menurunkan kenyataan tersebut seterusnya menasihati agar berhati-berhati dalam memuat naik apa-apa kandungan berunsur Islam serta merujuk kepada pihak berautoriti bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

“Beliau bersetuju agar hantaran berkenaan diturunkan daripada media sosial dengan mengemukakan permohonan maaf serta berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama dan akan lebih berhati-hati dalam sebarang penulisan yang dihasilkan.

“Sehubungan dengan itu, JAKIM menyeru kepada semua pihak agar tidak mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan awam dengan menimbulkan apa-apa perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan baginda sebagai utusan Allah SWT serta mengganggu keharmonian umat Islam di negara ini,” kata JAKIM.

Pihak JAKIM turut meluahkan penghargaan atas usaha para pemain industri penerbitan buku di Malaysia dalam menjadikannya sebagai salah satu medium dakwah.

“Walau bagaimanapun, JAKIM berharap agar semua pihak lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membuat sandaran kepada baginda Nabi Muhammad SAW demi menjaga kesucian nama serta martabat baginda sebagai utusan Allah SWT,” tegas JAKIM.

BACA: Sampai Demam Cikgu Tengok Hasil Masakan, KA Beri ‘Silibus’ Masakan Termudah

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.