Insiden Tampar: Warga Emas Dituduh Semula Petang Ini
Warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di sebuah pusat beli-belah akan dituduh semula di Mahkamah Majister Johor, petang ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara melalui satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook sebentar tadi.
“Semasa prosiding pada 19 Mac di Mahkamah Majistret Johor Bahru, terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadap individu terbabit.
“Bagaimanapun, isu teknikal melibatkan pertuduhan telah diatasi dan individu terbabit akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada petang 19 Mac 2025.
“Jabatan Peguam Negara komited untuk memastikan semua pihak memperolehi keadilan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang,” maklum kenyataan itu.
Terdahulu tular video seorang warga emas yang tular kerana bertindak menampar seorang lelaki bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah pada 16 Mac lalu.
Video berkenaan kemudian mendapat perhatian warga maya dan insiden tersebut turut dilaporkan oleh pelbagai media tempatan.
https://www.facebook.com/bernamaradio/posts/pfbid09DuTkc4m6yXbmSsQE2FbGL5ET9C5RcixfsqAEggjsc3dAD6uhtiHoE2FRc7mXhqzl
Sumber: Peguam Negara Malaysia via Bernama Radio