New Balance 471 Gabungan Nostalgia, Larian & Gaya Harian
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025– New Balance memperkenalkan 471, model serba boleh yang menggabungkan elemen larian 70-an dengan gaya moden. Terinspirasi daripada arkib ikonik jenama ini, 471 menampilkan reka bentuk klasik dengan sentuhan moden melalui material premium dan perincian vintaj.
“Kami mahukan siluet yang lebih sleek sambil mengekalkan elemen warisan larian 70-an. Dari material seperti hairy suede dan woven mesh hingga warna dan perincian, semuanya diinspirasikan daripada era tersebut. Hasilnya, 471 membawa gabungan unik antara elemen vintaj dan gaya kontemporari,” kata Joe Walsh, Lead Footwear Designer, New Balance.
Dapatkan 471 mulai 26 Mac di New Balance The Exchange TRX, Pavilion KL & online dengan harga RM449, serta lebih banyak warna akan dilancarkan.
Spesifikasi Produk:
- Mesh bernafas & hairy suede overlays
- Midsole EVA untuk keselesaan
- Lidah foam terdedah untuk sentuhan ‘unfinished’
- Corak ‘Fang’ di toebox, diinspirasikan dari model 320
- Logo ‘N’ & aksen kulit di kolar & tumit
- Tapak luar klasik corak herringbone
Layari laman web New Balance untuk maklumat lanjut.