Siakap Keli
Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar Grab Malaysia Berkongsi Rasa Syukur Sempena Ramadan Raya
Gambar Hiasan

Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar Grab Malaysia Berkongsi Rasa Syukur Sempena Ramadan Raya

Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar Grab Malaysia Berkongsi Rasa Syukur Sempena Ramadan Raya

PETALING JAYA, 20 Mac 2025 – Sempena Ramadan Raya, Grab Malaysia dengan bangganya memperkenalkan filem jenama terbarunya, “Kebaikan Dalam Setiap Pesanan”, satu sambutan penuh makna tentang kesyukuran dan kebaikan yang wujud dalam setiap penghantaran dan perjalanan.. Inisiatif ini memaparkan kisah-kisah sebenar yang menyentuh hati daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab, mengetengahkan impak bermakna di sebalik setiap pesanan – memberi mereka platform untuk berkongsi perkara yang paling mereka syukuri pada musim ini.

“Ramadan dan Raya adalah musim untuk bermuhasabah, berbudi dan bersatu. Melalui “Kebaikan Dalam Setiap Pesanan”, kami ingin meraikan kebaikan harian yang berlaku dalam komuniti kami sambil merakamkan penghargaan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar atas dedikasi dan usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah. Dengan kembalinya program Umrah Bersama Rakan Grab, kami berusaha membalas jasa dengan menawarkan peluang kepada rakan-rakan kami untuk mengecapi keberkatan menunaikan Umrah. Inisiatif ini menjunjung nilai inklusif dan aksesibiliti, mengiktiraf kepelbagaian impian dan aspirasi rakyat Malaysia,” kata Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Kebaikan Dalam Setiap Pesanan: Kisah-Kisah Penuh Kesyukuran Rakan Grab

Kebaikan Dalam Setiap Pesanan: Hayatilah sisi tersembunyi Rakan Grab

Membawakan kisah-kisah benar sepanjang musim perayaan ini, Grab Malaysia akan berkongsi cerita sebenar daripada rakan-pemandu dan rakan-penghantar—memaparkan bagaimana perbuatan baik yang kecil mampu memberi kesan berganda dalam komuniti mereka.

Kisah-kisah ini mendedahkan apa yang paling mereka syukuri pada Ramadan Raya ini, memberi gambaran tentang kehidupan mereka yang menjadikan perkhidmatan kami mungkin. Setiap naratif merakamkan semangat Ramadan dan Raya serta menonjolkan kesan berganda daripada perbuatan baik yang kecil, memupuk semangat kemasyarakatan dan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Umrah Bersama Rakan Grab

Melengkapi siri ini, Grab Malaysia sekali lagi memperkenalkan Umrah Bersama Rakan Grab untuk rakan-rakan kami. Inisiatif ini memberi peluang kepada komuniti rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab, beserta keluarga mereka untuk memenangi pakej Umrah dengan hanya berkongsi kisah kesyukuran mereka yang penuh bermakna.

Bagi pemenang tahun lepas, Nor Fadzliana, seorang rakan-pemandu dari Kuala Lumpur, pengalaman ini mengubah hidupnya. “Melihat Kaabah dengan mata sendiri adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia adalah perkara yang tidak pernah saya bayangkan, tetapi Grab menjadikannya kenyataan. Setiap kali saya bercerita tentang perjalanan Umrah saya, air mata saya bergenang. Ini lebih daripada sekadar ganjaran—ia adalah impian yang tercapai. Dapat berkongsi perjalanan suci ini bersama ibu menjadikannya lebih istimewa—ia benar-benar satu pengalaman yang mengagumkan.”

Seorang lagi pemenang, juga rakan-pemandu, Muhammad Faizal dari Pulau Pinang berkongsi “Kemenangan ini adalah satu rahmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ketika saya melangkah masuk ke Masjidil Haram​ dan melihat Kaabah, hati saya dipenuhi kedamaian. Menunaikan Umrah bersama isteri bukan sekadar perjalanan, tetapi hadiah yang mendalamkan keimanan dan mengukuhkan ikatan kami. Saya juga dapat membawanya menziarahi kubur ayah saya di Makkah, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Saya akan sentiasa menghargai perjalanan ini, dan saya bersyukur kepada Grab kerana menjadikannya kenyataan.”

Nor Fadzliana dan ibu
Muhammad Faizal dan isteri

Melalui inisiatif-inisiatif ini, Grab Malaysia berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengenali impak perbuatan baik yang kecil dan membawa semangat kemurahan hati ini melewati musim perayaan.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.