Siakap Keli
trak disambar kilat
Kredit: Lexi Diesels

Lelaki Kongsi Rakaman Trak Dipandu Nyaris Disambar Kilat

Lelaki Kongsi Rakaman Trak Dipandu Nyaris Disambar Kilat

Fenomena panahan kilat sering kali dikaitkan dengan kejadian luar biasa yang sukar diramal. Kilat boleh menyambar permukaan bumi dengan suhu yang jauh lebih panas daripada permukaan matahari dan berpotensi menyebabkan kebakaran atau kerosakan infrastruktur.

Dalam sesetengah kes, panahan kilat juga boleh membahayakan nyawa individu yang berada berhampiran kawasan sambaran. Disebabkan itu, kejadian kilat sambar-menyambar amat jarang dapat dilihat dari jarak yang dekat. Apatah lagi berpeluang merakam kejadian tersebut dengan begitu jelas.

Bagaimanapun, baru- baru ini seorang lelaki telah memuat naik video rakaman dashcam trak miliknya yang menunjukkan detik mencemaskan apabila panahan kilat berlaku betul-betul di hadapannya ketika dia sedang memandu di atas jalan raya di Atlanta, Georgia. Video tersebut menarik perhatian ramai dan menjadi tular di media sosial.

Kejadian ini dipercayai tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada lelaki berkenaan. Dalam rakaman itu, dia masih dapat meneruskan pemanduan meskipun tidak sempat mengelak dan trak yang sedang dipandunya melanggar jalan tar yang disambar kilat.

Situasi ini menunjukkan betapa pantas dan tanpa diduga kilat boleh menyambar, malah di kawasan yang tidak mengalami hujan pada waktu kejadian.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Lexi Diesels, seorang pengguna TikTok yang sering berkongsi video mengenai hobinya mengubah suai trak miliknya.

Kejadian ini berlaku pada 15 Mac 2025, kira-kira jam 5.56 petang waktu tempatan. Meskipun waktu itu masih dalam lingkungan siang, keadaan sekitar kelihatan gelap seolah-olah malam, dengan kilat sambar-menyambar di langit. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada berlaku ribut petir atau sekadar cuaca mendung kerana hujan tidak turun ketika kejadian berlaku.

Dalam video berkenaan, kilat menyambar bahu jalan dan menghasilkan percikan seperti elektrik yang mengenai jalan tar berdekatan sebanyak dua kali.

Walaupun rakaman tersebut jelas menunjukkan insiden yang menakjubkan itu, reaksi Lexi sendiri tidak dapat dipastikan kerana dia tidak bersuara sepanjang rakaman.

Bagaimanapun, menerusi kapsyen video, dapat diteka lelaki berkenaan mungkin berada dalam keadaan terkejut.

“Pertama kali melihat kilat menyambar di depan mata,” ujarnya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana kejadian seperti ini sangat jarang berlaku secara dekat dan sukar untuk dirakam secara langsung.

Setakat ini, video itu telah ditonton sebanyak 292.6 ribu kali dan dikongsi lebih 5.8 ribu kali di TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut kagum berpeluang melihat kejadian tersebut.

@lexi_diesels

First time ever seeing lighting strike in front of my eyes 😭 my 7.3L survived the hit #lightningstrike #73powerstroke

♬ original sound – Lexi

BACA: Redah Banjir, Pemandu Treler Dipuji Tumpangkan Penunggang Motor 

Sumber: Lexi Diesels

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.