Siakap Keli
Penjawat Awam Perlis bantuan aidilfitri
Gambar: Bernama

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Kewangan RM500 Sempena Aidilfitri

Penjawat Awam Perlis Terima Bantuan Kewangan RM500 Sempena Aidilfitri

KANGAR, 21 Mac (Bernama) — Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri kepada kira-kira 1,700 penjawat awam negeri itu bagi menghargai khidmat mereka.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata bantuan khas berkenaan akan dibayar pada akhir Mac ini kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai serta petugas lantikan kontrak yang bekerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.

” … ia sebagai suntikan motivasi kepada semua penjawat awam untuk terus beriltizam dan berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata bantuan khas terbabit akan turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan Menghembuskan Nafas Terakhir 

BACA: Situasi Banjir Semakin Buruk Di Johor, Sabah Dan Sarawak

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.