Siakap Keli
Tuan Guru Babo Mad menghembuskan
Gambar: Facebook Dato' Ahmad Yakob

Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan Menghembuskan Nafas Terakhir 

Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan Menghembuskan Nafas Terakhir 

Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan atau Tuan Guru Baba Haji Muhammad bin Haji Ali menghembuskan nafas terakhir semalam.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh Timbalan Mursyidul AM Pas dalam satu hantaran di Facebook.

“Mendapat berita pemergian Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan ( Pondok Ayahnda saya ). Seorang ulama yang banyak berjasa dalam menyebarkan ilmu dan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT.

“Kehilangan beliau adalah satu kehilangan besar buat umat Islam, khususnya di Tumpat dan Kelantan secara amnya. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, mencucuri rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin dan auliya’.

“Kami mendoakan agar ahli keluarga dan para murid beliau diberikan kesabaran serta kekuatan menghadapi ujian ini,” maklumnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, pemergian Allahyarham turut dikongsikan oleh Pencetus Ummah (PU) Faiz di Facebook miliknya Ustaz PU Faiz Al-Idris

Difahamkan, solat jenazah Allahyarham akan dilakukan pada jam 9.00 pagi hari ini.

Sumber: Facebook Dato’ Ahmad Yakob, Ustaz PU Faiz Al-Idris

BACA: Hans Isaac Bukan Lagi Pengerusi PSM

BACA: Tentera Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Gaza, 110 Terkorban

BACA: Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS

 

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.