Siakap Keli
Hans Isaac PSM
Gambar: BERNAMA

Hans Isaac Bukan Lagi Pengerusi PSM

Hans Isaac Bukan Lagi Pengerusi PSM

Datuk Hans Isaac baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Berita itu dikongsikan melalui Instagram miliknya, dengan ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, atas peluang yang diberikan selama dua tahun.

“Setelah dua tahun (20 Mac 2025) memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, serta Timbalan Menteri KBS, YB Saudara Adam Adli, atas peluang yang diberikan kepada saya.

“Tidak dilupakan, penghargaan kepada Ahli Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kerana kejayaan yang dicapai merupakan hasil usaha bersama seluruh pasukan.

“Saya juga berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja PSM dan CEO, Saudara Illyas Jamil. Sesungguhnya, menjadi satu penghormatan dan keistimewaan dapat berkhidmat bersama kalian.

“Sepanjang tempoh dua tahun kepimpinan saya, lebih daripada 20 kejayaan telah dicapai, dan saya berbangga kerana lembaga ini telah memberikan yang terbaik untuk PSM dan segala pencapaiannya.

“Namun, sudah tiba masanya untuk saya menghadapi cabaran baharu yang akan diumumkan pada masa yang sesuai,” tulis beliau.

Untuk info, sejak dilantik sebagai Pengerusi PSM, beliau berjaya membawa entiti itu mencapai pendapatan tertinggi sebanyak RM10.64 juta pada 2024.

Sebahagian daripada jumlah itu disumbangkan oleh Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan nilai RM1.8 juta, hasil daripada aktiviti bukan sukan seperti penganjuran konsert.

BACA: Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS

BACA: Tentera Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Gaza

BACA: Gempa Sumatera Utara: Rakyat Malaysia Kongsi Gegaran Dirasai Jelas

Sumber: Hans Isaac via Instagram

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.