Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Tajaan PETRONAS
Gambar: UTP
Tiada Kategori

Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS

Hannah

Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS

Tidak dapat dinafikan, fenomena lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi semakin membimbangkan.

Statistik menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah pelajar yang memilih untuk tidak meneruskan pengajian.

Pada 2021 misalnya, seramai 180,680 pelajar atau 48.74 peratus mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajaran, berbanding 115,939 pelajar atau 35.16 peratus pada 2020.

Trend ini terus berlanjutan sehingga 2024 dan kini menjadi isu yang semakin meruncing.

Menurut laporan media tempatan, semakin ramai lepasan SPM tidak berminat untuk melanjutkan pengajian, dengan kos pendidikan yang tinggi menjadi antara faktor utama.

Yuran pengajian, kos sara hidup dan perbelanjaan lain menjadi beban berat, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah.

Namun sebenarnya, apa yang lebih merisaukan adalah nasib pelajar cemerlang yang terpaksa mengabaikan potensi mereka hanya kerana kekangan kewangan.

Tidakkah ia satu kerugian besar buat negara jika bakat-bakat ini tidak dimanfaatkan?

Biasiswa PETRONAS jadi ‘talian hayat’

Justeru, dalam menghadapi cabaran ini, program penajaan dan biasiswa menjadi satu-satunya ‘talian hayat’ bagi pelajar cemerlang yang ingin mengejar impian tanpa terbeban dengan kos pengajian.

Salah satu program penajaan dan biasiswa yang berprestij di Malaysia sudah pasti milik PETRONAS, yang menawarkan pembiayaan penuh kepada pelajar berkelayakan.

Persoalannya, bagaimana cara untuk memohon dan meningkatkan peluang agar berjaya mendapat biasiswa ini?

Baru-baru ini, perkongsian seorang gadis dipercayai pelajar tajaan PETRONAS di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah mencuri perhatian ramai.

Gadis ini berkongsi pengalaman serta tip berguna tentang cara yang betul untuk memohon program penajaan dan biasiswa PETRONAS.

Jelasnya, terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat permohonan.

Gambar: Facebook

Akademik, kepimpinan dan holistik jadi kayu ukur utama

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Menurut gadis ini, beliau memperoleh 9A dalam SPM tetapi hampir berputus asa untuk melanjutkan pengajian kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, cabaran itu sama sekali tidak menjadi halangan buat dirinya untuk ‘melebarkan sayap’.

Bahkan, beliau bangga berkongsi kisah ‘keberuntungan’ menjadi salah seorang pelajar tajaan pendidikan, di bawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).

Paling menarik, peluang ini terbuka untuk semua pelajar yang berkelayakan, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Justeru, dengan keputusan SPM bakal diumumkan pada 27 Mei ini, para pelajar boleh mula menyemak kriteria kelayakan serta terma dan syarat permohonan lebih awal di sini.

Apabila keputusan diumumkan nanti, anda hanya perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan dan menghantar permohonan.

Siapa tahu, mungkin anda salah seorang yang bertuah untuk bersama PETRONAS? Semoga bermanfaat dan semoga berjaya.