Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

27 Pelajar Terbaik STPM 2025 Terima Tajaan Yuran Pengajian

STPM
Kredit: Facebook Zambry Abd Kadir

Seramai 27 pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 daripada 18 universiti awam menerima tajaan yuran pengajian bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghargai pelajar yang memerlukan bantuan selain memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Kredit: Facebook Zambry Abd Kadir

Katanya, tajaan berkenaan dilaksanakan KPT bersama Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan, kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan para pelajar.

“Lebih penting, kita mahu memastikan setiap anak Malaysia, tanpa mengira latar belakang, diberikan ruang untuk melanjutkan pengajian dan membina masa depan yang lebih baik.

“Kekangan kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pelajar yang mempunyai bakat, potensi dan keazaman untuk berjaya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut Zambry, tajaan itu melibatkan pelbagai bidang pengajian termasuk bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan pendidikan.

Ujarnya, para penerima diharapkan dapat memanfaatkan kehidupan di universiti bukan sahaja untuk mengejar kecemerlangan akademik, malah membina kemahiran, kepimpinan, integriti serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Jelasnya, peluang berkenaan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengubah masa depan dan seterusnya membuka ruang kepada orang lain apabila mereka berjaya kelak.

“‘Tahniah’ kepada semua penerima, ibu bapa dan guru yang sentiasa memberikan sokongan. Gunakanlah peluang ini untuk mengubah masa depan, dan apabila berjaya kelak, bukalah pula jalan untuk orang lain,” katanya.

Intipati
  • Seramai 27 pelajar terbaik STPM 2025 menerima tajaan yuran untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  • Tajaan KPT bersama Majlis Peperiksaan Malaysia melibatkan 18 universiti awam dan pelbagai bidang.
  • Zambry berkata bantuan itu bertujuan memastikan kekangan kewangan tidak menghalang pelajar cemerlang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan