Siakap Keli
Maut nahas van bas
Gambar: JBPM

Seorang Maut, Tujuh Parah Dalam Nahas Van Dan Bas

Seorang Maut, Tujuh Parah Dalam Nahas Van Dan Bas

PUCHONG — Seorang maut, manakala tujuh lagi cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah van pekerja yang bertembung dengan sebuah bas pekerja di Jalan Pulau Meranti, lapor Astro AWANI.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pada jam 6.41 pagi tadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati terdapat 13 orang di dalam van jenis Toyota Hiace ketika kejadian.

“Seorang daripada penumpang yang tersepit meninggal dunia manakala tujuh yang lain termasuk pemandu van mengalami kecederaan parah dan selebihnya hanya cedera ringan.

“Pemandu bas berkenaan pula berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya termasuk kesemua yang parah.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Dua Beranak Maut Motosikal Dirempuh Pacuan Empat Roda

Semalam, dua beranak dilaporkan maut apabila motosikal yang dinaiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu dekat Kampung Padang Landak.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu berkata dalam kejadian kira-kira 8.20 malam itu, penunggang motosikal Honda EX5 terbabit Mohd Nazri Mohd Nor, 59, dan anak lelakinya Muhammad Hamas, 25, meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dari arah Jerteh ke Kampung Padang Landak telah terlanggar motosikal dinaiki mangsa dari arah belakang selepas motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah laluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa di kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal dikejarkan ke Hospital Besut dan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala pemandu Toyota Hilux yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Tuan Guru Babo Mad Pondok Berangan Menghembuskan Nafas Terakhir 

BACA: Situasi Banjir Semakin Buruk Di Johor, Sabah Dan Sarawak

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.