Siakap Keli
Peniaga Petai Diberi Lesen Sementara
Kredit: DrRajasekaran via Facebook

Peniaga Petai Diberi Lesen Sementara, Isu Melibatkan MPPD Selesai

Peniaga Petai Diberi Lesen Sementara, Isu Melibatkan MPPD Selesai

Isu peniaga petai yang melibatkan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD) telah diselesaikan secara baik.

ADUN Sri Tanjung, Dr. Rajasekaran a/l Gunnasekaran memaklumkan bahawa peniaga petai tersebut, Mohd Noor Saad telah diberikan lesen sementara untuk menjalankan perniagaan yang sah.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau bersama para pegawai atasan bertemu peniaga itu di rumahnya untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Turut hadir bersama ialah YDP MPPD, Tuan Hasnor , Setiausaha MPPD, Tuan Mohd Azizul Hakim, Unit Penguatkuasa, Unit Perlesenan dan Ahli Majlis Perbandaran Tuan Segaran Annamalai.

Beliau mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun turut menghulurkan sumbangan sebagai ganti rugi kepada petai yang tidak terjual.

“Hasil perbincangan, pihak MPPD bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah,” ujar beliau menerusi hantaran.

Isu penjual petai dan penguat kuasa MPPD telah diselesaikan secara baik

Penguat kuasa yang terlibat juga turut hadir dan bersalaman dengan Mohd Noor sebagai tanda penyelesaian isu berkenaan.

“Kami berharap langkah ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak. Pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan mesra. Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan peniaga terbabit telah mencampak beberapa petai yang dijualnya ke atas jalan.

Tindakan itu dipercayai sebagai protes selepas dihalang berniaga oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan diarah untuk menghentikan perniagaan di parkir kenderaan.

BACA: Muka Pasrah, Bomba Selamatkan Anjing Tersangkut Pada Jaring Gol

https://www.facebook.com/DrRajasekaranSriTanjung/posts/pfbid02nuxtBtccN8Y5vekDeHMPBt88Yo9y5fxEr8EPvHTbz5vAdNVQWUUmRDzoEjdWAxbLl

BACA: 2 Juruterbang Korea Selatan Digantung Tugas Setahun Selepas Pengeboman Tidak Sengaja

Sumber: DrRajasekaran via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.