Siakap Keli
penguatkuasa tindakan
Gambar: Fadamir Saad

Tindakan Penguatkuasa ‘Ini’ Ketika Bertugas Undang Sebak Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tindakan Penguatkuasa ‘Ini’ Ketika Bertugas Undang Sebak Ramai

Seperti pekerjaan yang diceburi perlu dijalankan dengan penuh amanah dan berintegriti.

Sepanjang bekerja, tentunya pelbagai situasi telah dilalui setiap orang, yang mengajar kita menjadi seorang insan yang lebih matang dalam mengambil setiap tindakan yang dilakukan.

Itulah pengalaman yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Fadamir Saad yang juga seorang penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, setiap kali seseorang mengenakan sut atau uniform, ia hadir bersama tanggungjawab yang besar.

Sudah tentu pelbagai cadangan, aduan dan pandangan dilontarkan oleh masyarakat.

Adil pada tempat yang sepatutnya

Di sinilah pentingnya setiap daripada penguatkuasa perlu ada nilai-nilai murni sepanjang menempuh pelbagai situasi dalam bekerja, selain tegas dalam mengambil tindakan

“Dalam diri, kena ada empati, kena ada ketegasan, kena ada belas ehsan, dan paling penting, letakkan keadilan pada tempat yang sepatutnya.

“Dalam beribu tindakan yang diambil, kita akan jumpa bermacam-macam watak.

“Sifat manusia, bila dalam keadaan tertekan, dia akan marah. Dan seboleh-bolehnya, kita kena ambil peranan untuk kawal keadaan supaya tak jadi lebih tegang,” kongsinya.

“Dua kali jumpa, dua kali Pakcik buat salah..”

Berkongsi tentang pengalaman, Fadamir berkata dia pernah memberikan saman terhadap seorang lelaki (pakcik).

Dari raut wajah pakcik itu jelas menampakkan dirinya kecewa seperti tidak boleh menerima hakikat bahawa telah dikenakan saman kerana tiada cukai jalan (road tax) motosikal. Namun, dalam masa yang sama dia tidak memberontak terhadap tugas yang dijalankan oleh penguatkuasa.

Mengejutkan, dia sekali lagi secara tidak sengaja bertemu dengan pakcik berkenaan sewaktu menjalankan tugas. Bahkan sewaktu bertemu dengan lelaki itu, dia masih melakukan kesalahan yang sama.

Kali ini, dia mengambil inisiatif untuk berbual dengannya sebelum faham dengan keadaan yang dialami pakcik berkenaan.

“Kali ini aku cuba bantunya, aku bayarkan saman dia. Aku belikan sekali road tax dan insurans untuk motosikalnya.

“Orang kata aku buat kerja gila, aku bukannya bagus, tapi hati ada batasnya. Masih ada rasa.

“Tak apa. Kali pertama mungkin silap dia. Kali kedua, mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada aku,” tulisnya lagi.

Fadamir percaya bahawa dirinya memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan memudahkan urusan hariannya berlipat kali ganda.

“Tidak semua orang senang, tidak semua orang setuju, dan tidak semua orang faham. Tetapi dalam setiap langkah, belajarlah untuk melihat dari mata mereka, merasai dari hati mereka, dan meletakkan keadilan di tempatnya.

“Kerana keadilan bukan tentang siapa yang menang, tetapi tentang memberi hak kepada yang berhak,” luahnya lagi.

Sementara itu, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pandangannya dan memuji sikapnya dalam menjalankan tugas sebagai seorang penguatkuasa.

Sumber: Facebook Fadamir Saad

BACA: Peniaga Petai Diberi Lesen Sementara, Isu Melibatkan MPPD Selesai

BACA: Malaysia Tersenarai Dalam 10 Destinasi Persaraan Terbaik Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.